Bab 5 Aku teringat akan kisah yang berlaku 10 tahun yang lalu, - TopicsExpress



          

Bab 5 Aku teringat akan kisah yang berlaku 10 tahun yang lalu, ketika aku masih lagi di alam persekolahan. Kisah yang bakal aku ceritakan ini mendatangkan kesan yang mendalam terhadap aku, terhadap kehidupanku. Semasa berada di tingkatan 5 di salah sebuah sekolah di Malaysia ini, aku terkenal dengan sifat seorang yang pemalu dan takut terhadap perempuan. Ketakutanku itu bukan kerana takut macam orang nampak hantu, cuma tiada kekuatan dalam diri untuk aku berhadapan dan bergaul dengan mereka. Walau bagaimanapun, aku seorang yang happy go lucky, suka bersenda gurau. Sekolah aku tu pulak, sekolah lelaki. Semua pelajarnya lelaki, perempuan yang ada hanyalah cikgu aje. Jadi, tambah-tambahlah ‘ketakutan’ aku pada kaum hawa itu.....BERSAMBUNG CC Cikgu Surianti
Posted on: Sun, 04 Aug 2013 08:46:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015