Bagai dijangka, peserta Faizul Af2013 diumumkan sebagai juara - TopicsExpress



          

Bagai dijangka, peserta Faizul Af2013 diumumkan sebagai juara program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF2013). Kemenangan itu membolehkan Faizul atau nama sebenarnya Mohd Faizul Sani membawa pulang hadiah utama wang tunai RM100,000, kontrak rakaman bernilai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro yang disampaikan oleh pengilham, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin Official. Tempat kedua diungguli peserta duo Azhael Af2013 iaitu Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Razmi yang membawa pulang wang tunai RM30,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro. Sementara, tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh Nadia Amira Othman atau Amira AF2013 (menerima RM20,000 dan trofi) dan Siti Ruhailah Hussein atau Indah (menerima RM10,000 dan trofi). Dua peserta lain yang beraksi pada pertandingan akhir AF 2013 ialah Aishah Aziz (Aishah) dan Nur Nabila Mohd Razali (Nabila). #MestiRamaiYangPuasHatiDenganKeputusanAF2013
Posted on: Mon, 18 Nov 2013 01:51:18 +0000

Trending Topics



Z
3.º Encontro com Escritores da Lusofonia A Associação de

Recently Viewed Topics




© 2015