Bagaimana nak apply Petronas smartcard. Medical check-up Anda - TopicsExpress



          

Bagaimana nak apply Petronas smartcard. Medical check-up Anda perlu menjalani medical check-up di mana-mana approved Petronas clinic. Test rabun warna ke tak, telinga OK ke tak, cholesterol level, X-ray buah dada keh keh keh, urine punya status dan banyak lah yang dia recordkan. Dulu aku failed hearing test.. untuk pengetahuan anda, hearing test ni perlukan concentration sebab tu test ini dibuat dalam bilik yang tertutup dan sound proof, anda akan dipakaikan headphone dan apa yang anda perlu buat ialah tekan panel button bila terdengan bunyi tut tuut tuut .. bunyi semakin slowwww…. aku failed yang ni bro. Cap ayam betul, telinga tak dengar kata. BOSIET certificates Hari ini dipanggil BOSIET atau Basic Offshore Safety Induction and Emergency Training. Dulu orang sebut offshore safety courses je, payah nak sebut panjang-panjang. Minimum courses yang diperlukan ialah: Offshore Safety, Sea Survival, HUET with EBS, First Aid & Fire Fighting / Self Rescue Ini sahaja courses yang diperlukan bro, harga course ini di TSTC, Kemaman ialah RM1,980.00. Course selama 3 hari. Sila visit website untuk schedule, course price dan lain-lain course kalau berminat. Lain-lain tempat, aku tak pasti tapi sila check lah untuk kepastian. (I am not affiliated with Terengganu Safety Training Centre TSTC) Aku suka gi course ni sebab aku boleh off handphone selama 3 hari, takde gangguan dari sesiapa. Macam cuti 3 hari lah. Cuma ada satu perkara yang membuatkan aku rasa malas nak gi, pertama kena terjun ke dalam kolam setinggi 15 kaki, kedua kena lalui saat-saat helicopter terbalik dalam air. Peringatan: Medical check-up report mesti dibawa sebelum menjalani BOSIET. OK tuan-tuan, selamat terjun dan selamat minum air kolam, jangan lupa ajak kawan-kawan sekali. Air kolam banyak tu. Makan minum selama 3 hari di tanggung kalau di TSTC. Lain-lain tempat aku tak pasti.
Posted on: Sat, 20 Jul 2013 07:20:04 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015