================= Bagaimana tajamkan kemahiran berfikir secara - TopicsExpress



          

================= Bagaimana tajamkan kemahiran berfikir secara parallel? ================= Parallel thinking adalah kemahiran kemahiran berfikir yang mahal nilainya. Ia adalah kemahiran berfikir yang diamalkan oleh golongan-golongan sukses dari pelbagai bidang. Bisnes, politik, kebajikan, sukan dan pelbagai lagi. Ringkasnya, parallel thinking terbahagi kepada komponen berikut: 1) Tahu lokasi kita mahu tuju. 2) Tahu masa dan tarikh kita mahu tuju. 3) Tahu jalan mana yang kita mahu ambil. Highway atau jalan dalam? 4) Tahu peta yang boleh bantu memudahkan perjalanan. Peranan cikgu (mentor), ilmu dan strategi. 5) Jalan terus dan buat pekak apabila ada orang mengkritik. ================= Si A, Si B, dan Si C ================= Sebagai contoh, si A kata ikut Highway bagus kerana jalannya lurus sahaja. Kemudian si B pula kata ikut jalan dalam lagi bagus kerana tidak ramai orang gunakan laluan itu. Malah akan ada si C yang nyatakan bahawa lokasi kita pergi itu tidak bermanfaat, dan sebagainya. Orang parallel thinking tidak akan peduli si A, B, dan C. Dalam masa sama, mereka sudah kenal pasti individu atau peta yang mereka mahu percaya dan dengar. #WritetoWealth
Posted on: Sat, 17 Aug 2013 06:33:03 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015