Bagi seorang wanita, perkahwinan merupakan antara sebab yang - TopicsExpress



          

Bagi seorang wanita, perkahwinan merupakan antara sebab yang membuatkan kita perlu melakar plan kehidupan yang baru. Setelah menjadi isteri, kita harus lebih produktif. Pertimbangan yang sesuai di antara plan peribadi dan penyesuaian dengan perancangan suami harus kita lakukan secepat yang mungkin. Mengapa di katakan ‘secepat yang mungkin’? Perancangan kehidupan ini harus kita rencanakan secepat mungkin bersama suami supaya kita tidak terlalu lama tenggelam tanpa matlamat. Tidak dinafikan awal perkahwinan atau honeymoon period sangat menyeronokkan. Tetapi harus ingat, perkahwinan ada suka dukanya. Tidak selamanya bercinta itu hanya gembira. Bukan tidak boleh, ambillah masa yang secukupnya untuk ber’honeymoon‘ dan saling menyesuaikan diri. Tetapi janganlah terlalu lama. Sebab itulah penting bagi setiap wanita menetapkan perancangan selepas berkahwin seawal yang mampu. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang kahwin di usia muda. admin - sila klik butang share jika anda rasa bagus untuk dikongsikan pada rakan-rakan anda.
Posted on: Tue, 24 Sep 2013 00:35:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015