Bagi sesiapa yang berkelapangan esok malam 9 Ogos jam 10 malam di - TopicsExpress



          

Bagi sesiapa yang berkelapangan esok malam 9 Ogos jam 10 malam di Ikim.fm akan disiarkan siaran ulangan Malam Puisi Selamatkan Bumi Palestin anjuran GAPENA dengan kerjasama TVAlhijrah dan Ikim.fm. Saya antara yang akan deklamasi puisi Palestin dan nyanyikan lagu Ketuhanan Pada Mu Kubersujud di dalam siaran itu nanti. Manakala pada 4 Syawal bersamaan 11 Ogos jam 11 pagi di TVAlhijrah jemput saksikan siaran ulangan Malam Demi Palestin anjuran TVAlhijrah dengan kerjasama lima pertubuhan amal Palestin. Saya sebagai persembahan pembukaan mementaskan muzikal dekon Warkah Dari Jerusalem karya Rahimah Abdullah dalam tiga bahasa sekaligus.
Posted on: Thu, 08 Aug 2013 08:59:39 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015