Bagi sesiapa yang mungkin masih kurang jelas berkatan Pertandingan - TopicsExpress



          

Bagi sesiapa yang mungkin masih kurang jelas berkatan Pertandingan Video Pendek KUIS, di sini admin jelaskan sekali lagi berkaitan pertandingan ini serta syarat - syaratnya; PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KUIS: 1. Pertandingan ini TERBUKA UNTUK SEMUA MAHASISWA KUIS. 2. Tema Video: DAIE ULAMA & UMARA 3. Tarikh Tutup: 9 Disember 2013 dan hendaklah diserahkan di pejabat FSTM sebelum JAM 5.00PM. 4. Hadiah; i - PERTAMA : Wang tunai RM1500 & Sijil Penyertaan ii -KEDUA : Wang tunai RM800 & Sijil Penyertaan iii-KETIGA : Wang tunai RM400 & Sijil Penyertaan iV- 5 hadiah saguhati : Wang tunai RM100 & Sijil Penyertaan SYARAT PERTANDINGAN: 1. Isi kandungan video WAJIB mempunyai element dan rujukan yang berkaitan kepada KUIS. 2. Peserta perlu mengisi borang penyertaan yang boleh diambil di pejabat FSTM atau di Bahagian Korporat KUIS serta memberi sinopsis ringkas dan slogan video. 3. Durasi: 3 hingga 5 minit dan KUALITI VIDEO dapat dilihat dengan JELAS 4. Video mesti dihantar dalam bentuk DVD menggunakan DVD-R (2salinan) dan Peserta boleh menghantar lebih dari 1 video. 5. Penilaian: Keaslian Karya, Kandungan dan Kesuaian dengan tema, dan paling penting rujukan dan kandungan yang dikaitkan dengan KUIS 6. Video yang layak keperingkat akhir akan diupload ke facebook KUIS dan 30% markah juri awam akan diambil berdasarkan bilangan LIKE yang diterima selama 7 hari dari tarikh tutup pertandingan. 7. Video pendek peserta WAJIB mempunyai LOGO KUIS dan alamat LAMAN WEB KUIS (kuis.edu.my) dengan JELAS. 8. Pemenang akan diumumkan dalam mttajlis khas pada bulan Disember 2013
Posted on: Tue, 26 Nov 2013 07:55:04 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015