Baginda Nabi Muhammad saw sangat hebat orangnya...tidaklah Baginda - TopicsExpress



          

Baginda Nabi Muhammad saw sangat hebat orangnya...tidaklah Baginda saw tidur selagimana masih ada baki wang ditangan walaupun satu dirham...Baginda saw akan mencari juga orang fakir untuk bersedekah...kita tidak pernah buat dan mungkin tidakkan buat sampai ajal menjemput sebagaimana yang dibuat Rasulullah saw...Ya Rabbi ampuni kami kerana lalai.....setiap apa yang dijadikan Allah swt di muka bumi semuanya berperingkat.....ini cukup untuk mengajar kita bahawa setiap perubahan juga perlu berperingkat.....namun, kerana kurangnya ilmu, kurangnya hikmah dan kurangnya kesabaran menyebabkan kita melupai hukum sunnatullah......andai buah belum masak ingin dipetik, pastilah rasanya masam dan kelat.....kecenderungan kita untuk terus mendapatkan hasil mungkin disebabkan budaya "mee segera" yang sekian lama berada dalam diri dan pemikiran kita.....mee segera memang cepat dimasak dan cepat untuk dimakan.....apatah lagi seperti yang selalu diuar-uarkan, "sedap dimakan"......namun, sejauh mana implikasinya untuk kesihatan kita.....sama-sama kita renungkan......sememangnya manusia ini memang disifatkan tergesa-gesa......semuanya ingin dipercepatkan......jadi tidak hairanlah kadar "mati pun cepat".....melihat situasi umat hari ini cukup menyedihkan..... siapakah yang patut dipersalahkan......
Posted on: Mon, 26 Aug 2013 11:57:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015