Baharui Lesen Alat Menangkap Ikan BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, - TopicsExpress



          

Baharui Lesen Alat Menangkap Ikan BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 24 September. - Jabatan Perikanan memaklumkan kepada nelayan-nelayan dan orang ramai yang berhajat untuk menangkap ikan bahawa Lesen Alat Menangkap Ikan, Jabatan Perikanan bagi tahun 2014 hendaklah dibaharui mulai 1 Oktober 2013 hingga 31 Disember 2013. Sehubungan itu nelayan-nelayan dan orang ramai yang berhajat untuk mendapatkan Lesen Alat Menangkap Ikan bolehlah mendapatkan lesen-lesen mereka di tempat-tempat dan waktu-waktu seperti berikut :- 1. Kompleks Perikanan Muara Simpang 287-53, Jalan Peranginan Pantai Serasa, Kampung Serasa, Burnei Muara BT1728, Negara Brunei Darussalam - Isnin hingga Khamis dan Sabtu bermula jam 8.00 - 12.00 tengah hari dan 1.30 - 3.00 petang. 2. Pusat Perikanan Belait - Isnin hingga Khamis dan Sabtu bermula jam 8.00 - 12.00 tengah hari dan 1.30 - 3.00 petang. 3. Pejabat Perikanan Tutong - Isnin hingga Khamis dan Sabtu bermula jam 8.00 - 12.00 tengah hari dan 1.30 - 3.00 petang. 4. Pejabat Perikanan Temburong - Isnin hingga Khamis dan Sabtu bermula jam 8.00 - 12.00 tengah hari dan 1.30 - 3.00 petang. Dalam pada itu, diingatkan juga kepada nelayan-nelayan dan orang ramai yang berhajat untuk menangkap ikan bahawa lesen-lesen yang sah adalah dikehendaki di bawah Perintah Perikanan, 2009. Sesiapa yang didapati sabit kesalahannya kerana mengusahakan penangkapan ikan tanpa Lesen Alat Menangkap Ikan yang sah akan diambil tindakan di bawah perintah tersebut.
Posted on: Fri, 04 Oct 2013 17:11:52 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015