Bajet 2014........ harap ramai berpuas hati Setiap kali Bajet - TopicsExpress



          

Bajet 2014........ harap ramai berpuas hati Setiap kali Bajet diumum ramai yang akan bertanya-tanya apa yang ada untuk diri saya sendiri. Daripada potongan cukai..pemberian wang tunai hinggalah ke bonus... Manusia jarang sekali tanya tentang kestabilan dan kemakmuran negara. Bajet kali ini banyak menitik berat tentang ketahanan ekonomi negara. Banyak tumpuan diberi tentang bagaimana meningkat pelaburan dalam negara. Usaha mengurangkan defisit fiskal dan memastikan hutang negara kekal kurang drp 55%drp KDNK. Langkah ini akan memberi keyakinan kepada pelabur luar dan dalam negara, agensi penarafan dan pasaran modal. Kadar faedah pinjaman akan menjadi lebih rendah dan kompetitif. Pengenalan GST satu regim cukai (6%) menggantikan dua jenis cukai iaitu Cukai Barangan (5% dan 10%) dan Cukai Perkhidmatan (6%). GST adalah lebih telus dan mengurang cukai ke atas setengah barangan. Barang makanan seperti beras, sayuran, buah-buahan, daging dan sebagainya tidak dikenakan cukai. Cukai pendapatan dan cukai korporat juga akan dikurangan. Pemberian BRIM tambahan RM300 ringgit pada masa pelaksanaan GST nanti. Banyak lagi insentif dan bantuan disediakan. Lebih 160 negara didunia telah laksanakan GST. Ada pihak tertentu cuba mengelirukan rakyat. Tak kan kerajaan zalim nak melaksanakan sesuatu yang memudaratkan rakyat dan Negara. Semua dilaksanakan untuk kebaikan rakyat dan Negara. Banyak lagi kebaikan Bajet 2014........
Posted on: Sun, 27 Oct 2013 04:50:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015