Barcelona Tidak Berhubung Untuk Pjanic Barcelona tidak membuat - TopicsExpress



          

Barcelona Tidak Berhubung Untuk Pjanic Barcelona tidak membuat sebarang pertanyaan mengenai pemain perancang Roma, Miralem Pjanic, menurut ejen pemain tersebut. Laporan khabar angin di Sepanyol mendakwa kelab gergasi La Liga itu sedia menawarkan €11 juta untuk khidmat pemain berusia 23 tahun tersebut musim panas ini. Namun ejen Pjanic, Michele Gerbino menyangkalnya dan menegaskan klien beliau berpuas hati dengan karier di Serie A di Stadio Olimpico. "Miralem sangat fokus dengan masa depannya bersama Roma. Beliau gembira bersama kelab dan begitu menghormati the Giallorossi," ujarnya. "Mengenai minat dari Barcelona, saya tidak mendengar apa-apa mengenainya dan saya masih belum dihubungi oleh mereka. "Mereka [Barca] juga tidak membuat perancangan bertemu dengan Roma." Pemain antarabangsa Bosnia and Herzegovina itu yang menyertai the Giallorossi pada 2011 selepas tiga tahun mewakili Olympique Lyonnais, memiliki kontrak dengan kelab ibu negara Itali tersebut sehingga tahun 2015. #AR
Posted on: Sun, 23 Jun 2013 04:23:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015