Baru-baru ini, ada seorang sahabat berkomunikasi untuk dapatkan - TopicsExpress



          

Baru-baru ini, ada seorang sahabat berkomunikasi untuk dapatkan tip keluar daripada kanser duit. Beliau (setakat yang dikenali) adalah: 1) Usahawan muda. 2) Ansuran kereta bulanan: RM2,000+. 3) Sewa rumah bulanan: RM2,000+. Bisnesnya hasilkan jualan kasar ratusan ribu setiap bulan. Dalam masa sama, apa yang buat beliau sendiri berada dalam status kanser duit adalah habit belanjanya. Beliau sudah ada tabiat hidup orang mewah dan pentingkan simbol duit. Bisnes baru setahun jagung dan baru bernafas, sudah gunakan duit untuk puaskan nafsu sendiri. Sebagai sahabat, mahu beri nasihat rasa bersalah. Takut dikatakan kita dengki dengan pencapaiannya. Ini adalah penyakit usahawan muda yang tidak ada cikgu bisnes yang betul. Pada awal pembabitan dalam perniagaan, biasakan diri untuk berjumpa dengan mentor yang bercerita tentang realiti bisnes. Bukan harapan-harapan palsu dan menggunung. Tidak salah mahu beli simbol duit. Dalam masa sama, kenal pasti prioriti duit kita. Tempoh hayat bisnes orang-orang Melayu biasanya sekitar 1 - 3 tahun sahaja. Selepas itu, tutup kedai dan hidup murung. Semuanya berpunca daripada kegagalan diri sendiri.
Posted on: Fri, 21 Jun 2013 04:53:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015