Baru baru ini, aku tengok ramai orang pakat dok mengamok. - TopicsExpress



          

Baru baru ini, aku tengok ramai orang pakat dok mengamok. Mengamok pasai pa taktau. Haiya... Dengan kos marketing RM100, anda mampu menjana RM10,000 ! Komen saya NAK! sekarang. Saya akan PM anda dengan detail-nya. ###################### Manusia itu ada akal fikiran, kita ada nafsu. Kita ada kehendak. Manusia mengkritik kerana tak berpuas hati atas sesuatu perkara. Orang mengkritik kerana pihak penganjur, atau owner produk tidak deliver seperti apa yang digembar-gemburkan. Ya, JALAN TERUS. Jalan terus bermakna kita tidak pedulikan kritikan tersebut dan hanya fokus buat perkara tersebut. ++++++++++++++++++++++ People get clever and clever nowadays. Dengan kos marketing FB Ads RM100, anda mampu menjana RM10,000 ! Komen saya NAK! sekarang. Saya akan PM anda dengan detail-nya. Ini adalah gula-gula. Siapa yang sudah masak dengan arena FB Ads akan tersenyum simpul melihat gula-gula tersebut. Mengapa ianya gula-gula ? Kerana pihak penganjur tidak cerita sampai habih ! Kos FB ads = RM100. Kalau nak sampai RM10,000 maka kita kena juai 200 unit, produk yang bernilai untungnya RM50 seunit. Hang ingat senang nak close deal produk sampai 200 unit ? :3:3 Oh sorry-sorry. Ini ayat-nya ; anda mampu menjana RM10,000 ! Menjana tak sama seperti untung bersih. Aku rasa juai lembu kot. Sekoq RM3500. Juai 3 ekog guna FB Ads, cecah la RM10,000. RM100 iklan mampu menjana RM10,000 ? Cari stokis untuk produk dia kot. Ka 200 unit dalam masa sebulan ? Dia tak habag masa pun kan ? Kecoh ar mamat ni! ++++++++++++++++++++++++++ JALAN TERUS kalau ada orang kritik kita. Mulut manusia bukan buleh tutup ! Tidak salah mahu Jalan Terus, tetapi orang yang mengkritik kerana mereka rasa tertipu, rasa terhina, rasa tidak berpuas hati dengan janji-janji kita. Jalan terus, lebih molek sekiranya; 1- Kita akui kesilapan tersebut, dan memberitahu secara baik kepada customer. 2- Meminta maaf atas kekurangan yang ada, dan akan memperbaiki kelemahan tersebut. 3- Memberi sesuatu perkara gantian supaya customer kita berpuas hati seperti refund, gantian produk dan sebagainya. ++++++++++++++++++++++++++ Kritikan Membina VS Kritikan Menjatuhkan. Ada beza antara kritikan membina dan kritikan menjatuhkan. Kritikan membina adalah kerana pihak pembeli rasa tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kita. Mereka mahu kita memperbaiki mutu standard produk kita. Cuma terserah pada kita samada mahu menerima secara positif atau kita melabelkan pengguna produk kita tu sebagai seorang yang negatif. Negatif sebb dok kritik kita :3 Pemilik produk yang positif akan memperbaiki kelemahan yang ada. Pemilik produk yang melabelkan customer yang hingaq mengamok sebagai kaki negatif = :) ( pikiaq sendiri ) Kritikan menjatuhkan ? Kritikan menjatuhkan adalah seperti pihak lain memburuk-burukkan jenama kita supaya pelanggan datang ke premis niaga mereka. Mereka mahu kita lingkup. Mereka mahu pelanggan kita datang kepada mereka. ++++++++++++++++++++++++++++++++ Melayu itu tinggi budi pekerti-nya. Walau ada rakan mengaut keuntungan dengan cara kelepet, masih didiamkan. tak mahu tabur pasir dalam periuk nasi orang lain katanya. Hasilnya, ramai orang luar kena tipu oleh peniaga online tak amanah yang sedikit cuma itu. Habih semua geng-geng jujur pun terpalit. Padan muka semua sekali, sapa suruh dok diam. :3 * Susah tau nak melayan customer dok tanya macam-macam. Depa kata takut kena tipu. Sebab pernah kena dah sebelum ni. haiya ++++++++++++++++++++++++++++++++ Sepanjang arena saya bermain FB, saya melihat beberapa produk yang tidak kena maki oleh pengguna. Sebagai contoh : Pemasaran Content Marketing oleh Aqif Azizan tak kena maki. Kerana beliau cerita habis buang mengenai produk yang dijual. Tiada selindung, tiada sembunyi-sembunyi. Saya berbangga dengan Aqif Azizan yang menetapkan standard dalam Pemasaran Content Marketing. If we dont like the rule, just follow it. Until you reach the top, change it ! - Adolf Hitler Kita sukar untuk mengajak orang lain supaya buat apa yang kita rasakan betul. Apa yang kita rasa betul, belum tentu ianya betul di mata pihak lain. Maka di sini, kita-lah yang menjadi leader untuk menentukan standard ISO untuk sesuatu bidang. Saya berbangga dengan Puan Ainon Mohd yang menetapkan standard Bahasa Melayu Tinggi untuk business dan Syariah Compliance dalam penjualan produk. Kursus-kursus dari ABS juga tak kena maki Jika ada player baru nak masuk dalam pemasaran ini, maka sudah ada pihak yang menetapkan mutu kualitinya. +++++++++++++++++++++++++++++++ p/s- saya sedia menerima tempahan untuk ceramah motivasi, kem bina diri, penulis bebas, ceramah agama.
Posted on: Fri, 17 Jan 2014 13:22:27 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015