Bayangkan, MO anda seekor anjing. Dia setia, taat dan tak banyak - TopicsExpress



          

Bayangkan, MO anda seekor anjing. Dia setia, taat dan tak banyak songel. Dalam masa sama anda lebih bijak daripada dia. Sampai nak buat injection pun, sepuluh tahun diajar tapi dia masih lagi tak reti2. Bayangkan, bini anda rupawan mcm bidadari kayangan. Tiap kali keluar membeli-belah di shopping complex, semua orang pandang anda dengan mulut ternganga. Pada tenungan mata mereka, bagaikan ada tertulis: "kenapa la pompuan lawa ini kawin dengan jantan muka mcm mentega batu". Bayangkan, anda lahir di istana. Bapa anda raja, ibu pula seorang gundik diraja. Kemudian, anda terpaksa membunuh abang tiri anda (ya, anak sulung raja) supaya anda boleh rampas title putera mahkota. Bayangkan jika anda lahir sebagai lipas. Jika anda diturunkan ke muka bumi sebagai daun kesum atau bunga cengkih. Jika anda membesar sezaman dgn Sharukh Khan atau Salman Khan. Jika anda boleh berkahwin dengan khinzir, berkawan dengan bakteria, atau mengawan dengan obor-obor. Yer, tidak semua fantasi atau angan-angan boleh kita bayangkan itu indah. Tapi, selalunya kita suka merungut dengan kejadian diri kita sendiri. Cepat bosan dengan takdir hakiki untuk kita. Terkadang, berangan-angan itu perlu, kerana angan-angan itulah, setiap butir kata-kata yang meniti di bibir kita sentiasa diungkapkan. Tapi, percayalah, angan-angan yang terbaik untuk kita, DIA akan kabulkan dengan melihat usaha kita. Adakah anda berangan-angan untuk menjadi Hamba Allah yang terbaik di dalam bulan Ramadhan ini?." Eh, seminggu sudah kita berpuasa...kejapnyeeeeerrr masa berlalu". Orang cakap, kalau rase cepat maknenye tak banyak beramal. Tapi, aku pun rase cepat jugak.. hehehe. Gud Luck untuk semua.
Posted on: Tue, 16 Jul 2013 14:12:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015