Beberapa hari yang gila. ~ Gadis ditemui mati disumbat dalam - TopicsExpress



          

Beberapa hari yang gila. ~ Gadis ditemui mati disumbat dalam beg baju. ~ Tragedi empangan Cameron Highland. ~ Pekerja bank ditembak mati pengawal keselamatan. ~ Orang mengamuk di Gombak, orang awam mati ditikam. Takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat. Cuma sedikit teguran kepada rakan-rakan, rasanya lah kan kurang sesuai jika disebar-sebarkan gambar/video yang sepatutnya tidak disebarkan. Sebelum buat, kita fikir dulu andai mangsa tersebut adalah keluarga kita, adakah kita sanggup untuk sebar? Fikir dahulu secara rasional, sesuai atau tidak. Jangan fikir modal untuk melariskan wall facebook anda sahaja. Untuk tragedi Cameron Highland, mungkin SOP untuk lepaskan air empangan perlu diperkemaskan lagi. SOP mungkin sudah cantik, tapi apakah cukup cantik sekiranya SOP itu dipakai pada masa yang kurang sesuai? Contohnya pada pukul 1 atau 2 pagi ketika orang sedang nyenyak tidur? Bagi saya, kemalangan jiwa boleh dielak sekiranya SOP ini diperhalusi lagi. Esok pembentangan Bajet 2014. Harap kerajaan dapat fokus untuk meringankan beban rakyat. Apa-apa keputusan kita terima, cubalah untuk adapt dengan apa-apa perubahan. Harga barang naik/turun, redha sahaja. Barang Naik? Tenang, senyum, aal iz well :)
Posted on: Thu, 24 Oct 2013 15:30:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015