Benarkah anak-anak kecil ini hendak didisplinkan?? baguslah jika - TopicsExpress



          

Benarkah anak-anak kecil ini hendak didisplinkan?? baguslah jika itu nawaitunya. Atau apabila besar kelak anak-anak ini hendak digunakan untuk tujuan seperti gambar di bawah?? bertempur dengan polis?? Jika itu kesudahannya PAS terpaksa menanggung dosa perbutan mereka ini. Kisah PAS mengrekruit kader mereka di pusat-pusat pengajian tinggi bukanlah menjadi rahsia lagi. Kegiatan tersebut telah berjalan sejak sekian lama. Kader-kader tersebut ditanamkan sifat taksub yag melampau sehinggakan mereka gagal untuk melihat realiti lain selain daripada realiti atau doktrin PAS. Ada yang sanggup bermandi darah demi menunjukan ketaksuban mereka. Pemuda UMNO dituduh menyamar sebagai Unit Amal PAS dan merempuh polis di KLCC semasa demontrasi Bersih3. Pembangkang selalunya baling batu sembunyi tangan. Ahli PAS Yang memegang bendera dan berbaring di depan kenderaan Raja Muda Perak suatu ketika dahulu juga dikatakan orang UMNO menyamar. Muslimat PAS yang macam kena histeria di Komplek Mahkamah Jalan Duta pada 9 Januari 2011 dikatakan Wanita UMNO dan Puteri UMNO menyamar.. Yang menimbulkan provokasi dan yang berterbangan di atas kenderaan polis berhampiran Sogo dikatakan anggota polis dan SB, bukannya penyokong pembangkang. Begitulah antara kaedah pembangkang mencuci tangan. Nasib baik Nizar Jamaluddin memang sudah terkenal sebagai ahli PAS, jika tidak pastilah Nizar juga akan ditohmahkan sebagai orang UMNO yang menyamar sebagai ahli PAS untuk mengaibkan PAS atau untuk membuat provokasi.
Posted on: Thu, 08 Aug 2013 18:39:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015