Benarkah rampasan tentera yang didalangi Amerika Syarikat dan - TopicsExpress



          

Benarkah rampasan tentera yang didalangi Amerika Syarikat dan Israel itu bakal tumbang? Itu persoalan di benak saya yang kurang yakin kalau Presiden Morsi boleh kembali ke pangkuan demokrasi rakyat. Amerika Syarikat yang di belakangnya zionis/Israel telah banyak mengeluarkan sumber untuk merancang penggulingan itu, dan kini kuasa ke atas Mesir berada di tangan mereka melalui kuasa tentera Mesir. Tidak mudah untuk Amerika dan Israel menyerahkan semula kuasa itu kerana pengalaman di Mesir ini telah lama wujud di Algeria apabila FIS ditumbangkan meskipun telah menang melalui sistem demokrasi palsu Amerika. Begitu juga pengalaman perit HAMAS di Palestin yang telah menang tetapi FATAH yang kalah dalam pilihanraya juga yang diiktiraf dan didokong Amerika dan Israel. Apakah anda masih berharap agar Mesir dapat dikembalikan ke tangan rakyat? Jika demikian, kita hanya dapat menyaksikannya seperti di Syria. Rakyat Mesir harus bersiapsiaga untuk lebih hebat lagi sementara masyarakat dunia pula akan menjadi penontonnya. Masa akan menjadi saksi. networkedblogs/N7zsn - with Ramlee Rasida, Zulkifli Kambas, Shariff Abdullah, Zaridah Bt Hj Wasli, Norizan Abdul Hamid, Bashir Ahmad -
Posted on: Sun, 14 Jul 2013 00:25:55 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015