Benarkah sebaran mengenai catatan amalan ditutup pd akhir tahun, - TopicsExpress



          

Benarkah sebaran mengenai catatan amalan ditutup pd akhir tahun, dibuka pada awal muharram, dan ganjaran org memperingatkan tentang muharram Ada beberapa perkara yg agak keliru dikaitkan dengan bulan Muharram. Antaranya, hijrah Nabi saw dikatakan berlaku pada 1 Muharram, doa awal tahun & buku catatan amalan ditutup & dibuka yg baru. Perihal HIJRAH: Hijrah Nabi saw ke Madinah bermula pada bulan Safar. Manakala sahabat2 lain ramai yang berhijrah bbrp bulan sebelum baginda.Baginda sampai di Madinah pada bulan Rabiul Awwal. (Lihat al-Rahiq al-Makhtum, kitab sirah karangan Safiy al-Rahman al-Mubarakfuri) Bukan bulan Muharram. Jadi, ada sedikit kekeliruan pada lirik nasyid yg kita dendangkan semenjak kecil dahulu...Satu Muharram detik permulaan....perpindahan nabi dan umat Islam... Agak pahit utk menyampaikan, apatah lagi hendak ditelan, tetapi kebenaran bukan untuk terus disimpan. hebahkanlah. Muharram adalah bulan pertama dari 12 bulan dlm perkiraan orang2 Arab sejak zaman jahiliyyah. Namun mereka tidak ada sistem tahun seperti sekarang. Maka khalifah Umar al-Khattab ra memutuskan, selepas perbincangan dgn para sahabat, perkiraan tahun bagi umat Islam bermula pada tahun hijrah nabi saw. Pada tahun nabi berhijrah itu, nabi berhijrah dari tempoh Safar hingga Rabiul Awwal, bukan pada 1 Muharram. Perihal DOA AWAL TAHUN (DAN BERANGKAI DENGAN DOA AKHIR TAHUN): Doa itu ibadah, begitu juga memohon ampun, boleh dilakukan pada bila2 masa yg sesuai. Termasuklah doa kita cthnya, Ya Allah, semoga bermula tahun baru hijrah ini, bertambah iman & ilmuku serta semakin baik amalanku. Namun doa awal tahun & akhir tahun yg dibaca dgn kaifiyyat tertentu dikritik oleh para ulama, kerana ia disandarkan kpd sebuah riwayat yg antaranya menganjurkan dibaca doa itu 3 kali, dan syaitan pun dikatakan kecewa tidak dapat menggodanya pd tahun itu. Riwayat ini tidak ditemui asal usulnya oleh para ulama. Ia dikemukakan dalam buku tertentu tanpa dinyatakan sanad & sumber. ia tiada dalam kitab2 hadith mutabarah, dan diputuskan sebagai riwayat yg batil. Jadi, tidak boleh kita yakini bahawa ia adalah anjuran dlm agama Islam. Perihal CATATAN AMALAN: Dakwaan yg mengatakan catatan amalan ditutup pada akhir zulhijjah, dan dibuka pada awal muharram tidak didasari dgn dalil al-Quran & tidak juga drpd hadith nabi saw. Hadith2 yg sahih/ thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan pada: 1. Setiap hari (setiap pagi & petang.) 2. Dua kali setiap minggu (setiap Isnin & Khamis) 3. Setiap tahun, iaitu pada bulan Syaaban. (Bukan nisfu syaaban. Hadith palsu juga banyak berkisar tentang nisfu syaaban) Hadith2 sahih/ thabit bagi setiap kategori adalah seperti berikut : ✅1. Amalan diangkat/dibentang 2 kali setiap hari : عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلاَئِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلاَئِكَةٌ بِالنَّهَارِ، وَيَجْتَمِعُونَ فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الْعَصْرِ، ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ، فَيَسْأَلُهُمْ وَهْوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِي فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ، وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ . Nabi saw bersabda, maksudnya: Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh & setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yg menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat2 itu (walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba2Nya), Dlm keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba2Ku itu? Jawab para malaikat : Kami tinggalkan mereka dlm keadaan mereka sdg solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sdg solat. (Sahih Bukhari, Kitab Waktu2 Sembahyang, Bab Fadilat Sembahyang Asar. )✅ -Hadith Sahih- Berbahagialah bagi mereka yg menunaikan solat Subuh & solat Asar, lebih2 lagi di awal waktu. ✅2. Amalan juga diangkat setiap Isnin & Khamis, dua kali seminggu: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لاَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ رَجُلاً كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا . Nabi saw bersabda, maksudnya : Amalan2 manusia dibentangkan setiap minggu pada hari Isnin & Khamis. Allah pun mengampunkan dosa setiap hambaNya yang beriman, kecuali hamba yg saling bermusuhan. Lalu dikatakan kepada para malaikat, Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai. (Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab Larangan Saling Bermusuhan Dan Saling Tidak Mempedulikan.) ✅ -Hadith Sahih.- ✅3. Amalan dibentangkan setiap tahun, pada bulan Syaaban. (Bukan Nisfu Syaaban) عن زيد بن أسامة رضي الله عنهما قال: قلت: يا رسول الله لم أرك تصوم من شهر من الشهور ما تصوم في شعبان؟ قال: ذلك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان، وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين، فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم. Usamah bin Zaid ra melaporkan, katanya, Saya pernah bertanya, Wahai Rasulullah, mengapa saya tidak pernah lihat tuan berpuasa dlm bulan lain sebanyak puasa tuan dlm bulan Syaaban? Jawab Rasulullah saw, Itulah bulan yg ramai manusia lalai, antara bulan Rejab & Ramadan. Ia adalah bulan yg diangkatkan amalan kepada Tuhan sekelian alam, dan saya suka amalan saya diangkat dlm keadaan saya sdg berpuasa. (Al-Sunan al-Sughra, Kitab Puasa.)✅ -Hadith Hasan- BENARKAH ANJURAN MEMPERINGATKAN? Tentang hadith anjuran supaya memperingatkan bulan muharram, dgn ganjaran tidak dibakar api neraka, tidak dapat dikesan dari mana datangnya hadith itu. Agak pelik bila lafaz yg sama juga disebarkan untuk bulan2 lain. Barangsiapa yg memperingatkan bulan syaaban.... Barangsiapa yg memperingatkan bulan zulhijjah.... Barangsiapa yg memperingatkan bulan rejab... Berdasarkan panduan para ulama dlm mengenali hadith palsu, dan jika kita biasa dengan hadith2 yang sahih, hadith ini perlu kita tawaqquf (jangan sebar, jangan beramal kerana hadith itu). Sebarkanlah penjelasan tentangnya.
Posted on: Sun, 10 Nov 2013 03:33:14 +0000

Trending Topics



youtube/watch?v=b1XGPvbWn0A#t=68 Here is a video that will
Another great satire from our honorable amazon Bunmi Bevlyn

Recently Viewed Topics




© 2015