Benjamin Netanyahu Perdana Menteri Negara Haram Israel memohon - TopicsExpress



          

Benjamin Netanyahu Perdana Menteri Negara Haram Israel memohon agar masyarakat dunia menekan Republic Islam Iran agar tidak meneruskan pengkayaan uraniumnya. Takut-takut nanti "syiah" ancam lepaskan bom nuklear ke Israel dan negara-negara Islam yg menjadi sekutu mereka spt Yaudi Wahabia & Qatar sehingga seluruh rantau itu termasuk Iran sendiri tidak mungkin dpt diduduki oleh apa jua jenis kehidupan selama 1000 tahun melainkan bangsa Jinn. Barack Obama Presiden Amerika Syarikat pula ketika ini senyap kerana tidak mendapat sokongan penuh dr masyarakat dunia utk menyerang Suriah dan menggulingkan Basyar Assad yg syiah (kata sesetengah bijak pandai agama) dengan menyerang negara itu sehingga semua rakyat negara itu pasti terkulai. Tidak mengapa sebab matlamat menghalalkan cara. Bak kata Ulamak tersohor Yusuf Qaradhawi. Kita perlu ucapkan syukur kehadhrat ilahi kerana membenarkan Amerika Syarikat, Zionis Israel & Yaudi Wahabi menyerang Suriah. Tetapi kedudukan rasmi Vatican City ialah mengutuk apa jua bentuk kecaman dan ancaman peperangan terhadap Suriah. Kita mengutuk kezaliman terhadap Rohingya kerana pembunuhan keatas muslim tetapi seorang Ustaz Melayu dgn lantang menyatakan tiada jihad di Palestin. Implikasi kenaikan 20 sen pd petrol di negara menjadi sensasi seketika. Ada yg mengutuk kenaikan itu dan ada yg menyatakan perlu kerja lebih keras. Kalau kerja makan gaji, kerja keras mana lagi yg membolehkan supaya gaji dpt menampung kos saraan hidup yg telah naik "20 sen"? Harga gula akan dinaikkan demi kesihatan rakyat utk membendung penyakit kencing manis dan obesiti atau kita sebenarnya yg dah kena kencing? Beri jalan pada VIP kerana urusan mereka lebih penting dr kita. Tak suka sangkut dlm jam kita yg mewakili 90% dr populasi pekerja hendaklah menggunakan pengangkutan awam yg cukup dan sgt lancar di Malaysia ini. Tak nak bayar PTPTN semua pelajar kena skor dgn cemerlangnya kalau tidak bayar ler hutang tersebut. Ini menjadi pemangkin supaya siswa dan siswi belajar dgn lebih tekun. Semua siswa siswi kena skor. Semua... ok? Kesatuan Sunni dan Syiah di Putajaya ~ utusan.my/utusan/Dalam_Negeri/20130523/dn_16/Sunni-Syiah-usah-berbalah Oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tetapi kita lihat di media lain pula. Kecaman demi kecaman terhadap minoriti Syiah di Malaysia. Lepas ini apa pula? Bersihkan Malaysia dari agama-agama lain yg sesat kerana menyalahi agama Islam? Jangan benarkan agama Hindu, Kristian, Buddha dan Sikh bertapak di Malaysia lebih-lebih lagi Kristian kerana mengatakan Allah ada anak kerana ini adalah salah disisi Islam? ammanmessage/ Rukun Negara Lima Perkara. 1. Kepercayaan kepada Tuhan. 2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara. 3. Keluruhan Perlembagaan. 4. Kedaulatan Undang-Undang. 5. Kesopanan dan kesusilaan. Rasanya yg kelima tinggal dlm dokumentasi shj sbb kini yg digunapakai ialah KEPOYOAN DAN KEBONGKAKKAN. Tak percaya tanya mereka yg menyokong bini Mat Yo. Tapi siapalah saya. Saya hanya seorang seniman paduan suara berharmoni. Mari belajar sat. Apa itu harmoni? Nada yg berbeza yg bekerjasama dlm satu gubahan lagu. Sehingga yg mendengarnya mengatakan sedaplah bunyinya ;) "Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya". (Surah al-Hujurat: 13). Firman Allah ini ditujukan kepada sekalian manusia. Bukan orang-orang Islam shj. Marilah hidup rukun dan damai. SOLAWAT!
Posted on: Wed, 25 Sep 2013 11:31:39 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015