Bercakap dalam bahasa Arab yang berapi-api, diterjemahkan seorang - TopicsExpress



          

Bercakap dalam bahasa Arab yang berapi-api, diterjemahkan seorang ustaz petugas Qaryah. Dr Solah memberitahu, di negara Syria sekarang sedang berlaku suatu “penghapusan etnik” yang terbesar di abad ini. Rejim Bashar Al-Asad menggunakan seluruh kekuatan militer, persenjataan yang canggih membunuh rakyatnya sendiri. Dunia tutup mata. Sebuah kampung dimusnahkan. Seluruh warga, seawall usia kanak-kanak, ibu-ibu, dan orang tua dibunuh, rumah-rumah dibakar, kesalahannya kerana salah seorang penduduk desa itu bernama “Khalid Ibnu Walid”. Sebuah nama sangat dibenci oleh pemerintah Syria dikepalai Bashar. Disebut lagi oleh Dr Solah, mereka membunuh umat Islam Ahlusunnah Wajamaah atas nama Syadina Ali Ibnu Abi Talib dan Syadina Hussain. Sedang sahabat dan menantu Rasulullah saw, juga cucu Rasulullah saw itu bukan kelompok seperti mereka gambarkan. Sekali-kali tidak!. "Tetapi, janji Allah adalah benar, Islam akan tertegak kembali di tanah air kami, sepertimana ia pernah tertegak dulu, termasuk di Syria," katanya. bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/21035-penghapusan-etnik-terbesar-di-syria
Posted on: Sat, 27 Jul 2013 08:12:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015