Beri peluang muka baharu - Ahmad Husni IPOH 10 Ogos - Menteri - TopicsExpress



          

Beri peluang muka baharu - Ahmad Husni IPOH 10 Ogos - Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah tidak akan mempertahan jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO dalam pemilihan parti Oktober ini. Beliau yang juga Bendahari UMNO berkata, keputusan itu diambil bagi memberi peluang kepada golongan muda menerajui parti tersebut. "Saya fikir kita perlu ambil kira yang dunia telah berubah dan keputusan pilihan raya lalu membawa mesej daripada rakyat yang mereka mahukan pembaharuan. "Oleh itu, dalam konteks pembaharuan ini, kita perlukan golongan baharu untuk berada dalam kepimpinan UMNO dengan membawa kewibawaan dan idea baharu," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Sungai Rokam, di sini hari ini. Ahmad Husni yang merupakan Ahli Parlimen Tambun menyertai UMNO pada 1983 sebagai ahli Pemuda Bahagian Menglembu dan pernah berada dalam barisan Exco Pemuda UMNO pada 1987 hingga 1993 sebelum menjadi Ketua UMNO Bahagian Tambun. Pada 2009, beliau bertanding untuk jawatan MT dan mendapat sebanyak 1,529 undi. Dalam perkembangan sama, Ahmad Husni memberitahu, beliau akan memberi tumpuan kepada tugasnya di Kementerian Kewangan dalam usaha memastikan struktur kewangan negara berada dalam keadaan baik. Menurutnya, situasi krisis ekonomi dunia yang tidak menunjukkan tanda-tanda berakhir dalam masa terdekat memaksa kerajaan mengukuhkan struktur kewangan negara. "Langkah ini supaya dapat melonjakkan kekuatan ekonomi dalaman negara bagi memastikan negara berada di landasan betul dalam mencapai pertumbuhan yang disasarkan," katanya. Artikel Penuh: utusan.my/utusan/Politik/20130811/po_03/Beri-peluang-muka-baharu---Ahmad-Husni#ixzz2bbRD0Mu8 © Utusan Melayu (M) Bhd
Posted on: Sat, 10 Aug 2013 21:10:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015