Berikut merupakan keputusan jawatankuasa tatatertib FAM yang - TopicsExpress



          

Berikut merupakan keputusan jawatankuasa tatatertib FAM yang bermesyuarat petang tadi: 1) JDT didenda RM40 000 oleh FAM akibat gagal mengawal keselamatan di stadium semasa perlawanan Liga Super menentang Selangor (Flare dan resit). JDT bagaimanapun boleh membuat rayuan. 2) Pemain Kuala Lumpur, Hafizi Roslee digantung 6 bulan selepas mengaku bersalah melanggar peraturan 35.1 iaitu tidak menunjukkan semangat kesukanan semasa perlawanan liga premier menentang Sime Darby FC.Hafizi dikatakan sengaja memberi sepakan sudut kepada pihak lawan walaupun ketika itu tiada pemain lawan berada dikawasan pertahanan Kuala Lumpur. Hafizi tidak dibenarkan membuat rayuan. 3) Pemain Kelantan, Zamri Ramli digantung 2 tahun dari sebarang aktiviti bolasepak akibat mengambil bahan terlarang (metamphetamine). Zamri bagaimanapun dibenarkan membuat rayuan. Cc setia johor
Posted on: Wed, 04 Sep 2013 14:32:30 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015