Berita Baik Buat Rakyat Johor : Kerajaan Johor akan memansuhkan - TopicsExpress



          

Berita Baik Buat Rakyat Johor : Kerajaan Johor akan memansuhkan dan tidak akan menyambung lesen pusat hiburan keluarga di seluruh negeri mulai tahun depan serta operasi besar-besaran oleh pihak berkuasa terhadap premis pusat hiburan keluarga. Keputusan ini diambil kerana kebanyakan pengusaha pusat hiburan keluarga sering menyalahgunakan lesen bagi tujuan yang tidak sihat seperti perjudian, selain pencetus budaya lepak, gangsterisme serta kegiatan maksiat lain. Saya juga terima banyak laporan termasuk di facebook saya,pusat hiburan keluarga yang sepatutnya menyediakan perkhidmatan permainan video dan pusat karaoke menjadi kasino kecil kepada kaki judi sekitar negeri ini.Kerajaan negeri berpendapat kaedah ini membolehkan pelbagai kegiatan haram yang bertopengkan pusat hiburan keluarga dapat dikawal dan dibanteras.
Posted on: Sat, 27 Jul 2013 08:41:27 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015