Berita ringkas: 1. Gonzalo Higuain telah bersetuju tawaran - TopicsExpress



          

Berita ringkas: 1. Gonzalo Higuain telah bersetuju tawaran kontrak peribadi gaji melebihi £ 130,000 seminggu bersama Arsenal dan Arsenal bersedia menawarkan tawaran yuran perpindahan yang tinggi kepada Real Madrid - Daily Mirror 2. Harapan Arsenal untuk menandatangani pertahanan Swansea City, Ashley William telah terhenti apabila tawaran sebanyak £ 10 juta kepada Swansea untuk pemain itu ditolak. Arsenal tidak akan membayar lebih untuk pertahanan Swansea itu. - The Sun 3. Bekas Bos Liverpool, Rafael Benitez telah membuat perancangan terhadap Luis Suarez yang mampu menggantikan Edinson Cavani di Napoli. - Daily Mirror 4. Liverpool di dalam rundingan dengan kelab Gremio bagi perbincangan mendapatkan pemain muda, Matheuis Biteco,17, pada hujung bulan ini. Pemain berusia 17 tahun itu adalah sebahagian daripada skuad Brazil semasa memenangi kejohanan berprestij Toulon tahun lepas. - Daily Mirror 5. Presiden Real Madrid, Florentino Perez telah bergegas ke London bagi memantau pemain Spurs, Gareth Bale. Perez memaklumkan kehadirannya di London adalah semata-mata tugas perniangaan peribadi. - Daily Mirror 6. Juventus kembali berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan Manchester cCity, Aleksandar Kolarov. Juventus telah merancang untuk melakukan bidaan sebanyak £ 9 juta terhadap pemain tersebut disamping turut berminat untuk mendapatkan Carlos Tevez - Daily Mail 7. Namun, Juventus bersedia untuk melupakan Tevez apabila terdapat sumber mengatakan pemain penyerang pasukan Argentina itu akan ke AC Milan. Daily Mirror. 8. Cardiff City bersetuju tawaran £ 8 juta dari Blackpool untuk mendapatkan pemain sayap, Tom Ince tetapi terdapat saingan daripada Liverpool. - Daily Mail 9. Bos Hull City, Steve Bruce bersedia membeli pemain dari kelab lamanya, Birmingham City untuk mendapatkan Curtis Davies dengan harga £ 2.25 juta. Daily Telegraph. 10. Bruce turut mengadakan perbincangan bersama dengan Carlton Cole yang bersama West Ham United. QPR dijangka menjadi persaingan Hull City terhadap bekas pemain England itu. The Sun 11. Pengurus Baru Everton, Roberto Martinez bersedia untuk membuat tawaran terhadap pemain sayap Birmingham, Nathan Redmond,19, dengan harga £ 3 juta - The Sun 12. Jay Bothroyd bersedia meninggalkan QPR secara percuma selepas memohon kontraknya dibatalkan. Penyerang itu telah menarik minat kelab dari Galarasaray, Olympiakos dan Fenerbahce namun pemain itu gemar bermain di England - Daily Star. 13. Thiago Alcantara semakin hampir untuk berpindah ke Old Trafford apabila pemain itu dikatakan berminat untuk berada didalam skuad Manchester United. - News 14. Pemain Sayap Manchester United, Luis Nani dijangka akan berpindah ke kelab Arsenal atau AS Monaco - News. 15. Cristiano Ronaldo yang dijangka akan ke Manchester United berkemungkinan perkara tersebut tidak akan berlaku kerana pihak Real Madrid telah memberitahu, pemain itu mungkin akan ke kelab yang menawarkan bidaan yang sangat tinggi kepada Real Madrid - News. CC; Buletin Manchester United #dnhGGMU
Posted on: Thu, 20 Jun 2013 14:11:54 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015