Berita sedih dari Gaza. Mohon doakan saudara kita di Gaza, - TopicsExpress



          

Berita sedih dari Gaza. Mohon doakan saudara kita di Gaza, malam tadi jam 9 waktu Gaza (20 Nov, 2 pagi tadi waktu Malaysia ) tanpa bekalan eletrik, gelap gelita, tanpa gas, tanpa petrol dan diesel, tentara zionis dengan menggunakan jet F16 dan pesawat Apache mula mengebom bertubi-tubi di wilayah Gaza Utara, Gaza Timur dan Gaza Selatan. Sehingga waktu ini belum ada maklumat yang jelas tahap kerosakan, kecederaan dan kemalangan jiwa. Hingga sekarang, pesawat jet tempur F16, pesawat Apache serta pesawat Drone kawalan jauh, masih berterusan bermaharaja lela di langit Gaza. Ya Allah bantulah mereka !!! Diharap seluruh Masjid, Surau, Institusi Kerajaan, Swasta, Komuniti Penduduk dan umat Islam dapat melaksanakan solat hajat atau setidak-tidaknya membaca qunut nazilah mulai pagi ini. Untuk sebarang sumbangan bantuan dan maklumat terkini boleh didapati dan ikuti maklumat daripada Facebook Aman Palestin atau web amanpalestin.net. SUMBER : Aman Palestin
Posted on: Wed, 20 Nov 2013 01:40:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015