Berjudi online waktu tarawih 24 Julai 2013 * SUBANG JAYA – - TopicsExpress



          

Berjudi online waktu tarawih 24 Julai 2013 * SUBANG JAYA – Ketika orang lain sibuk mengejar untuk menambahkan pahala pada bulan mulia, sebilangan lelaki Islam di sini pula memilih untuk mempertaruhkan wang mereka di pusat siber USJ 14 tanpa menghormati bulan Ramadan. Apabila ditanya, rata-rata mereka memberi alasan bosan duduk di rumah dan lebih sanggup ke pusat siber berkenaan daripada mengerjakan solat sunat tarawih bersama umat Islam lain di surau berdekatan. Aktiviti mereka itu berjaya dihidu Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sebelum premis itu diserbu, lewat malam kelmarin. Ketika diserbu lebih 20 pengunjung berada dalam premis dan sebahagian daripadanya asyik bermain judi secara online. Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, premis itu mempunyai lesen tetapi sudah tamat tempoh hujung tahun lalu. Menurutnya, pengusaha didapati menampal tarikh lesen yang sudah tamat tempoh dengan pembalut luka bagi mengelakkan ia diketahui orang ramai tetapi menggantungnya di depan premis seolah-olah mereka menjalankan perniagaan dengan kebenaran majlis. Pengusaha katanya, gagal memperbaharui lesen itu pada tahun ini dan didapati menawarkan aktiviti perjudian online kepada pengunjung. “Sebanyak 39 unit komputer dirampas di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada MPSJ,” katanya. Daripada jumlah itu katanya 14 didapati mempunyai perisian perjudian online. Premis dikenakan tindakan penutupan dan pengusaha berdepan tindakan kompaun RM1,000. S.H
Posted on: Wed, 24 Jul 2013 11:25:23 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015