Berkenaan daging burger artificial. Wajib ambil cakna perkara ni - TopicsExpress



          

Berkenaan daging burger artificial. Wajib ambil cakna perkara ni demi penentuan halal atau tidak makanan kita. Daging burger artificial (buatan, bukan dari daging haiwan) telah ditemui cara pembuatannya baru-baru ini oleh saintis dari Universiti Maastricht, Proffesor Mark Post. Kajian mengenainya disumbangkan oleh Sergey Brin, co-founder syarikat Google, dengan dana bernilai 250,000 pound (duit UK) untuk seketul daging burger tersebut. Daging itu terhasil dari muscle cells tissue haiwan yang dijana dan digandakan banyak kali dan berlapis-lapis. Apa kandungannya? Ia mengandungi Powdered egg (serbuk telur, telur yg dah dehydrated), bread crumbs (serbuk roti), kedua-duanya untuk Binding (lekatan antara lapisan2 tisu daging artificial). Beetroot juice (jus ubi merah) dan pati bunga Saffron, kedua-duanya untuk colouring. Agarose (lapisan gel yang terhasil dari rumpai laut) sebagai wrapper (pelapis luar hasil daging artificial). Sodium Benzoate sebagai penghalang fungus dan kulat. Asid amino, gula, lemak yang diambil dari tumbuhan seperti minyak jagung. Dan muscle tissue (tisu otot) dari haiwan sebagai isi utamanya. Bagaimana cara pembuatannya? Muscle tissue diambil dari tubuh haiwan sebenar. Dari muscle tissue itu, diambil pula muscle cells daripadanya yang hanya perlu diambil dalam kuantiti yang sangat kecil. Perlu dilihat di bawah mikroskop. Kemudian diambil stem cells dari muscle cells haiwan tu dan digandakan cells itu bertrillion kali selama enam minggu di dalam lab dengan menggunakan sistem growing (muscle cells direndam dalam gel protein pertumbuhan, mengandungi antibiotik, asid amino dan serum dari janin haiwan, dan diberi cas elektrik (elektrik spark) dan haba dan bekalan oksigen). Selepas digandakan ia akan jadi kepingan muscle fibre. 20,000 muscle fibre dikumpulkan, diblend, ditambah bahan bindings (serbuk telur dan serbuk roti), diletak colouring (beetroot juice dan pati saffron) dan dibentuk bulat jadi daging burger. Ia disalut dengan agarose sebagai lapisan pendinding terakhirnya. Kebaikannya? Kesihatan - daging yang lebih sihat, tiada lemak haiwan, hanya lemak tumbuhan, kurang jangkitan bakteria dan virus berbahaya samada dari kekotoran tempat simpanan daging atau penyakit lembu gila Alam - pengurangan penggunaan kawasan di mana tak perlu lagi bela ternakan banyak2 sebab ambil muscle cells dari haiwan tak perlu bunuh dia dan cells tu boleh regenerate sepanjang hidup haiwan tu. Tak perlu modal besar untuk beri makan ternakan yang banyak, untuk breed (menganak pinakkan) ternakan dan kurang pencemaran najis (najis penyumbang kesan rumah hijau). Adakah halal? Tidak dapat dikenalpasti samada halal atau tidak lagi, tapi yang boleh menimbulkan keraguan status kehalalannya ialah 1) penggunaan serum janin haiwan sebagai medium pertumbuhan muscle cells (rujuk hukum makan janin haiwan) 2) status daging dari haiwan hidup namun cells itu telah terpisah dari badan haiwan itu, maka ia termasuk makanan darat yang tidak disembelih dan dibaca bismillah 3) penggunaan antibiotik yang tidak dapat dipastikan halal atau tidak bahannya 4) akan datang, tidak dapat dibezakan ia adalah daging dari muscle lembu, atau babi, kerana ia akan kelihatan sama kerana melalui proses leraian dan gandaan yang sama dari sekecil-kecil stem cells, jadi akan wujud kekeliruan kepada agama yang tidak makan babi (yahudi, kristian dan islam tidak makan babi) Setakat ini, masyarakat yahudi ortodoks telah mengeluarkan fatwa mereka bahawa ia bukan makanan yang halal dari sudut makanan kosher, dan mereka melarang umat yahudi memakan daging hasil dari cara pembuatan tersebut. Fatwa dari ulama Islam, masih belum kedengaran lagi (atau saya yang terlepas pandang). Jadi, sebaiknya, kita elakkan makan benda ni (yang mungkin akan dipasarkan secara meluas di pasaran 10 tahun lagi), dan bertanyakan fakta ini kepada ulama atau mufti majlis fatwa, agar jawapannya jelas. Sekian, hasil research saya yang tak seberapa. - syapik hassan
Posted on: Wed, 21 Aug 2013 05:32:42 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015