Bermain corak menyerang atau menambah bilangan Attacking Force - TopicsExpress



          

Bermain corak menyerang atau menambah bilangan Attacking Force belum semestinya menjanjikan sentuhan penyerang itu tajam walaupun mampu menggandakan asakan dan memperbanyakkan percubaan. Ini biasanya terjadi kepada pasukan yang sudah lama bermain corak negatif, sekian lama tidak amalkan serangan bertubi-tubi dan begitu lama tidak mengecap kemenangan dengan defisit besar. Pengamatan pada punca ini ialah biasanya bermain bertahan sekian lama akan mengurangkan bilangan striker untuk menyinar, selain itu tugasan untuk membentuk kesinambungan didalam kotak penalti lawan sudah pudar, menjadikan anda tidak mampu untuk membentuk pasukan menyerang yang sharp dengan keadaan seberapa segera setelah sekian lama tidak bermain sebegitu. Namun sesetengah orang mampu memberikan respon positif mengenai effort, manakala biasanya ramai yang tidak mampu berpuas hati dengan keadaan yang harus diubah tiba-tiba. Bolasepak ianya mengenai perubahan secara berkelompok dengan corak bersepadu dan tersusun, anda tak boleh menjadi tajam tiba-tiba setelah sekian lama membiarkan pisau itu tidak diasah. Pendapat ini hanya pemerhatian dari penganalisa bolasepak, mereka yang hanya tahu bercakap/menulis berbanding melakukan apa yang jurulatih dan pemain lakukan. Ini berdasarkan pandangan global pada pemerhatian bolasepak harian si penganalisa. Jurulatih bolasepak walaupun berpengalaman luas biasanya melakukan tugasan mereka dalam skop seharian yang kecil. Penganalisa mungkin menonton perlawanan antara Azerbaijan menentang Slovakia manakala jurulatih hanya menonton game besar melibatkan Itali vs Germany misalnya. Pemain bolasepak turun bermain sebagai rutin, menonton sesekali perlawanan Real vs Barca tetapi penganalisa menonton dengan penuh minat perlawanan membabitkan Villarreal dan Valencia. Sebab itu pemerhatian luas penganalisa lebih kepada basic tontonan, manakala pemerhatian jurulatih dan pemain sebagai lebih kepada perkara sebenar yang berlaku diatas padang. Ini akan sentiasa berlawanan dan sesekali sahaja akan berjumpa titik noktah persamaan dalam peraduan pendapat. Saya pasti jurulatih seperti Karathu dan pemain seperti Subra tidak sekata dengan pendapat saya yang berlebih-lebih dalam menganalisa. Mereka juga boleh tidak sependapat dengan Nazzab Hidzan ketika saya seratus peratus bersetuju dengan bekas pemain tersebut. Ini semua perbezaan pendapat sahaja. Ramai orang yang terlibat dengan pasukan FAM ini masih menganggap coach timnas masih seru untuk digunakan namun ramai berpendapat ianya sangat tepu untuk diulas. Apa yang saya katakan disini lebih kepada pendapat umum, tidak berniat untuk memperkecilkan kemampuan atau berharap orang beranggapan saya betul.
Posted on: Tue, 19 Nov 2013 13:43:04 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015