[Berpantang selepas bersalin] Jamu vs Supplement, mana satu set - TopicsExpress



          

[Berpantang selepas bersalin] Jamu vs Supplement, mana satu set berpantang terbaik? Sungguhpun sekarang ni zaman moden..tapi amalan berpantang selepas bersalin masih lagi perlu dititikberatkan. Sewaktu proses kelahiran, badan ibu mengalami kecederaan yang agak teruk samaada dari segi dalaman dan juga luaran. Tempoh berpantang selepas bersalin tetap perlu dilalui oleh ibu yang bersalin normal atau pun melalui pembedahan. Proses kelahiran yang panjang dan juga menyakitkan pasti membuatkan badan ibu sangat lemah dan perlu menjalani proses pemulihan. Sepanjang tempoh berpantang, ibu digalakkan untuk menjaga pemakanan dan juga pergerakan supaya badan cepat pulih dan kembali seperti sedia kala. Kalau dulu..jamu yang jadi pilihan utama untuk ibu berpantang selepas bersalin tapi sekarang ramai ibu yang telah menyedari kepentingan supplement/vitamin untuk membantu ibu mengembalikan kecergasan badan lebih-lebih lagi penyusuan susu ibu sepenuhnya menjadi piliihan ibu masa kini. Jadi, antara jamu dan supplement, mana satukah set berpantang terbaik? Tak dinafikan jamu ada kelebihannya yang tersendiri seperti dapat memanaskan badan dan merawat dari dalam tapi kelemahan utama jamu ialah ibu tak dapat makan kalau anak terkena jaundice/demam kuning. Kalau anak kena lak prolongue jaundice iaitu kuning yang berpanjangan dan adalanya sehingga 2 bulan..jadi selama tempoh itu juga badan ibu tak dapat rawatan dari dalam. Akibatnya badan ibu akan lemah, cepat letih, dan kemungkinan juga stress sentiasa membelenggu. Macam mana nak uruskan anak yang kerap bangun malam dengan tak cukup tidur dan badan yang amat lemah. Suami dan juga anak-anak yang lain tetap perlu diuruskan. Saya juga memilih SET BERSALIN SHAKLEE selepas bersalin nanti..
Posted on: Tue, 03 Sep 2013 16:18:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015