Betul Pada Penggunaan Saya merasa insaf melihat sesama muslim - TopicsExpress



          

Betul Pada Penggunaan Saya merasa insaf melihat sesama muslim bercakaran dalam komen pada posting saya sebelum ini yang mengupas pandangan Ustaz Azhar Idrus yang umum cenderung kepada perjuangan PAS disamping pendirian Ketua Dewan Ulama PAS sendiri,Ustaz Harun Taib. Apalah susahnya...ikut je lah apa kata majoriti ulama. Apa yang kamu semua gaduhkan?Mengapa tidak merendah diri dan mematuhi pendirian para ulama dalam hal ini?Tidak kira ulama yang dicop sebagai UMNO atau PAS,mereka semua tidak berani MENEMPAH API NERAKA dalam soal kalimah ALLAH.MEREKA SEMUA BERSEPAKAT DALAM HAL INI.Nampak tak benda ini. Saya ulang balik jawapan Ustaz Azhar Idrus: Orang kafir boleh menyebut lafaz-lafaz kalimah Islam,kita orang Islam tidak boleh halang kerana BETUL PADA PENGGUNAAN,TETAPI kata ulama apabila nama-nama Allah,nama-nama para nabi,nama -nama yang baik di dalam Islam diSELEWENGKAN DAN MEMBERI MUDARAT PADA UMAT ISLAM maka hendaklah PEMIMPIN dan penjaga umat Islam menghalang perbuatan tersebut dan jika orang kafir itu enggan hendaklah DIPERANGI Baca kat atas tu,jika si kafir enggan,HENDAKLAH DIPERANGI menunjukkan betapa berat persoalan menyelewengkan kalimah Allah. Saya sangat setuju dengan penggunaan konotasi BETUL PADA PENGGUNAAN.Inilah keypoint dia.Diulang,BETUL PADA PENGGUNAAN. Dengan kata lain,jika salah pada penggunaan,maka hendaklah kita menghalang perbuatan si kafir itu. Jika anda perasan,jika sesuatu isu itu dikatakan A oleh UMNO maka PAS cenderung berusaha untuk menjadi B,atau berusaha berbeza pendapat dengan UMNO walaupun hakikatnya dia salah. Dengan kata lain,jika isu kalimah Allah dipertahankan oleh PAS dari digunakan oleh orang kafir SEJAK DARI MULA maka saya percaya,semua orang Islam akan bersatu dalam hal ini,sebab dalam bab agama yang bukan termasuk Fiqh Jinayah (Kenegaraan),UMNO akan selalu membisu dan mengikut sahaja pendirian para ulama. Tapi malangnya,UMNO lebih dahulu berpendirian untuk pertahankan kalimah ALLAH.PAS terpaksa berbeza walaupun salah.PAS sudah checkmate.Bila para ulama PAS bersepakat mempertahankan kalimah Allah dari diseleweng,ahli-ahli PAS mula cacamarba. Ini menunjukkan tanpa ilmu agama yang cukup dan tanpa kefahaman yang tinggi,maka anda akan checkmate juga. Ustaz Azhar Idrus dan para ulama PAS dalam Dewan Ulama tidak sanggup menempah kemarahan Allah Azza wa Jalla.Mereka boleh mengeluarkan fatwa supaya membenarkan akhbar Kristian memakai nama Allah.Tetapi mereka tidak buat begitu. Tugas ulama teramatlah berat.Orang yang paling celaka di bawah langit adalah para ulama jahat yang menyembunyikan kebenaran.Sudah pasti mereka tidak sanggup menempah api neraka dengan menyembunyikan kebenaran semata-mata melayan selera politik. ~Srikandi
Posted on: Wed, 30 Oct 2013 13:13:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015