Biar orang Cina Pimpin Islam “Orang Cina mempunyai sikap yang - TopicsExpress



          

Biar orang Cina Pimpin Islam “Orang Cina mempunyai sikap yang terbuka terhadap agama. Sikap ini juga ditunjukkan kepada anak-anak mereka yang hendak menganut agama lain. Malangnya, sikap seumpama ini tidak diperlihatkan bagi anak mereka yang hendak menganut agama Islam. Seolah-olah Islam agama yang cukup asing dan langsung tidak mempunyai hubungan dengan orang Cina. Walhal, agama Buddha jika dikaji daripada segi susur galurnya, didapati ia bukan berasal dari China tetapi India. Ini bermakna, pasti ada sesuatu yang membuat orang Cina tidak begitu menerima Islam berbanding dengan agama-agama lain. Hal ini perlu dikaji dan diperbaiki. Jika tidak, usaha untuk mendekati orang Cina bukan sahaja tidak akan berjaya tetapi membantutkan sebarang usaha bagi memperbetulkan pandangan dan tanggapan orang Cina terhadap Islam. Apa yang perlu dilakukan adalah, umat Islam perlu memahami orang Cina dan mendampingi mereka dengan lebih dekat lagi.” Ann Wan Seng, Biar Orang Cina Pimpin Islam, Kemilau Publika Sdn. Bhd, 2011: 8-9
Posted on: Sun, 25 Aug 2013 13:49:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015