Bismillah. Antara ciri Takabur (Orang yang sombong), adalah orang - TopicsExpress



          

Bismillah. Antara ciri Takabur (Orang yang sombong), adalah orang yang tidak menyebut In Syaa Allah. Ada riwayat menyatakan Wahyu ini turun disebabkan Nabi tidak menyebut In Syaa Allah, apabila menyuruh orang datang bertemu dengannya esok, bagi memberitahu jawapan kepada pertanyaan beberapa orang Quraisy yang bertanya kepada Nabi tentang roh. Nabi ternanti jawapan dari Allah berkenaan pertanyaan orang Quraisy itu, tetapi wahyu tidak turun, kecuali ayat 23 -24 seperti di bawah. Menyebut In Syaa Allah dituntut oleh Allah, terutama apabila kita ingin, mahu, terniat ataupun berhasrat bagi melakukan sesuatu yang belum pasti berlaku, melainkan dengan izin Allah. Maksud In Syaa Allah itu dengan izin Allah. Di dalam Al Quran surah Al-Kahfi : Ayat 23 -24 yang bermaksud In Syaa Allah : "Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan) : "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "In Syaa Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katankanlah: "Yakinlah Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini". Kepada tuan dan cik puan yang tidak takabur (sombong), apabila menulis dan berkata, bawa Allah bersama dengan menyebut In Syaa Allah. Takut saya apabila membaca entri-entri yang berani secara sedar ataupun tidak, menidakkan kewujudan dan kekuasaan Allah. Contoh ayat yang perlu dan wajib ada perkataan In Syaa Allah, adalah seperti berikut: 5 Langkah menjadi kaya dalam masa 24 hari [Hujah, ini menunjukkan seseorang itu percaya 5 langkah itu menjadi kan seseorang itu kaya walaupun tanpa Allah, ayat ini bukan sahaja takabur (sombong) ayat ini, juga boleh jadi ayat yang berdusta, jika tidak diperjelaskan] Kursus ini akan dijayakan pada bulan depan ataupun Ogos [Penceramah belum tentu hidup, penganjur belum tidak lari, dewan ataupun tempat itu belum tentu masih ada, kerana ianya mungkin terbakar.] Kursus ini membuatkan tuan dan cik puan menjadi kaya raya [Hujahnya, ini kata-kata yang bertindak seperti Tuhan, yang boleh menentukan seseorang menjadi Kaya, Nauzubillah] Esok kita keluar makan ya [Hujahnya, belum tentu kita hidup esok hari, dan belum tentu kita sihat, belum tentu kita ada duit] Orang yang menjadi kaya adalah orang yang tidak memberi alasan [hujahnya, belum tentu orang yang tidak memberi alasan berjaya, kerana tanpa izin Allah semuanya tidak mungkin] Esok kita akan mula berpuasa [Hujahnya, kita pasti Allah juga tidak mampu untuk mengubahkan fakta ini, Nauzubillah]. Bawa Allah bersama dalam setiap ayat yang kita ingin lafazkan ataupun tulis. Di sini saya juga ingin memohon maaf dan ampun di atas kemungkinan besar ada ayat-ayat yang saya tulis tanpa saya sedar tidak menyebut In Syaa Allah. Sebagai orang yang beriman, In Syaa Allah sebahagian daripada kita yang belum mengamalkan dapat melakukan amalan ini, sebagai satu lagi penghijrahan dalam hidup beriman kepada Allah, dari masa ke semasa. Orang yang angkuh dan sombong adalah orang yang tidak menyertakan perkataan In Syaa Allah apabila bercakap dan menulis dalam hal perkara akan datang. Didoakan kita sentiada dijauhi dari menjadi orang yang tidak mahu berubah kepada yang lebih baik. Astaghfirullah. Malaysia | Shamsuddin Kadir
Posted on: Mon, 08 Jul 2013 23:45:27 +0000

Trending Topics



Një i dehur duke ec me shpejtesi e ndal polici: -A e dini se
As Salaamun Alaikum Sisters and Brothers, Please remember that
Jó 8 - 1. ENTÃO respondendo Bildade o suíta, disse: 2. Até
✖ Bald Eagle In A Tree, framed black metal, white matte
Sale Gamakatsu Hooks Round Bend Offset Shank Gamakatsu Check
Dear Sir/ Madam, Training Programme
so many people are asking if there is anything they can do,

Recently Viewed Topics




© 2015