Bismillah. Bisnes yang sedang mempunyai isu berkaitan dengan - TopicsExpress



          

Bismillah. Bisnes yang sedang mempunyai isu berkaitan dengan jualan rendah, tidak dapat tanggung sewa, ataupun sudah rugi, ataupun halangan-halangan yang dihadapi. Kita sudah menyediakan Bengkel Menyusun Semula Bisnes supaya ianya kembali pulih ataupun menilai semula struktur ataupun strategi bisnes, sama ada ianya patut diteruskan ataupun bagaimana menyelamatkan modal kita sebanyak yang boleh. Sekiranya tuan dan cik puan mengeluarkan modal melebihi RM 1,000 hasil pulangannya tidak balik modal, ataupun bisnes itu semakin makan modal tambahan, adalah masa sesuai untuk mengikuti kursus ini. Sama-sama kita menyusun semula bisnes supaya ianya bergerak maju seperti ataupun lebih dari dari apa yang kita mahukan, Insyaa Allah. Selepas mengikuti kursus cabaran terbesar kita adalah mempratikkan dengan Istiqamah apa yang telah kita persetujui bersama. Jangan tunggu duit modal lebur menjadi arang. Berdasarkan pengalaman, saya pernah menyelamatkan dengan izin Allah sebuah bisnes kawan yang patut rugi RM 100,000 dengan berjaya menyelamatkan RM 80,000, kerana sempat menilainya sebagai bisnes yang tidak sesuai untuk beliau ketika itu. Wallahu Alam. Jumpa pada 31 Januari ini, Insyaa Allah. facebook/events/598201386894131/?fref=ts
Posted on: Thu, 16 Jan 2014 06:53:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015