Bismillah. Isu Jerebu yang terpaksa dihadapi oleh hampir setiap - TopicsExpress



          

Bismillah. Isu Jerebu yang terpaksa dihadapi oleh hampir setiap individu di Malaysia, Singapura dan Indonesia itu sendiri. Saya diberitahu (tidak pasti sama ada benar ataupun tidak), bahawa jerebu itu terhasil dari pembakaran secara besar-besaran di sebuah lokasi hutan bagi membuka ladang-ladang baru. Apabila kita sudah mempelajari adab-adab di dalam Islam apabila kita berjiran dan membuat bisnes, sudah pasti pembakaran secara besar-besaran tidak dilakukan. Bisnes yang dilakukan bagi membuka ladang-ladang baru itu adalah halal, proses membuka ladang-ladang baru itu sudah menimbulkan banyak peluang membuat dosa, kerana membahayakan kesihatan banyak pihak. Apatah lagi menggangu sumber pendapatan individu yang berniaga gerai dan di luar bangunan. Banyak juga sekolah terpaksa di tutup, belum lagi dicampur dengan banyak ibu bapa terpaksa bercuti semata-mata bagi memenuhi keperluan peniaga yang ingin untung cepat dengan membakar hutan secara besar-besaran. Bertapa banyaknya kesusahan yang perlu ditanggung oleh sebahagian rakyat Malaysia, Indonesia, Singapura dan juga para tetamu luar negara yang datang berurusan ataupun bercuti di negara-negara ini. Permulaan bisnes itu sudah dicemari dan dinodai benih-benih tidak baik, risau apabila buah yang tumbuh pada tanah-tanah ladang itu menghasilkan buah yang tiada keberkatan, hanya menanti seksaan api neraka. Nauzubillah. Bisnes adalah berkasih sayang, apabila kebakaran sanggup dilakukan kerana wang, bukan sahaja kasih sayang hilang, keberkatan dari Allah juga hilang, yang tinggal hanya kemurkaan Allah. Wallahualam. Malaysia | Shamsuddin Kadir
Posted on: Mon, 24 Jun 2013 00:37:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015