Bismillah... KAMPUNG KEMENSAH Khabarnya antara tempat yang - TopicsExpress



          

Bismillah... KAMPUNG KEMENSAH Khabarnya antara tempat yang menarik bagi peminat paranormal. Ini kerana tempatnya agak keras, dikelilingi oleh hutan dan ia terletak berhampiran dengan empangan. Di siang hari,kampung kemensah menjadi pusat tumpuan kerana terdapat pusat sosial keluarga seperti sungai untuk bermandi manda dan aktiviti lasak seperti paintball,tapak perkhemahan, kolam memancing dan atv. Di waktu malam pula lain aktiviti yang boleh dilakukan seperti melihat kelibat entiti bergerak-gerak dari satu pokok ke pokok lain, bebola api,pocong dan langsuir sambil bersaksikan cahaya bulan yang indah. Menarikkan?tapi itulah kenyataan yang benar terdapat di sini. Menurut penduduk sekitar, dahulu kampung kemensah banyak di diami oleh warga indonesia kerana tempatnya yang tersembungi. Tetapi selepas terdapat sedikit pertelingkahan, mereka bergaduh dan berperang sesama sendiri. Ada orang cakap sehingga berlimpahan darah di serata jalan sampai terputus kepala. Jadi kepada peminat yang berminat hendak tahu port-port yang menarik ini, marilah berkunjung ke sana...kedatangan anda di nanti-nantikan oleh entiti ini hihihi...wallahualam -mohd hilmi shahrom met-
Posted on: Tue, 05 Nov 2013 10:14:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015