Bismillah. Tip menjadi agen-agen (Penyebar) ajaran Islam melalui - TopicsExpress



          

Bismillah. Tip menjadi agen-agen (Penyebar) ajaran Islam melalui Mazhab Imam Syafie In Syaa Allah. Sebagai individu yang mempunyai facebook, bagi memastikan kita dapat menyebarkan kebaikan (Islam), adalah dengan menjadikan kita orang yang terawal mempratikkan banyak ilmu yang kita pelajari. Kepada yang berminat bagi menyertai program ini, mohon untuk tuan dan cik puan menulis di dalam facebook mengunakan format seperti di bawah. 1. Di facebook kita hanya ditulis perkara yang memberikan manfaat kepada orang lain, terutama dari sudut rohani, sifat jujur, amanah, hadis sahih, Ayat Al Quran dan kisah yang boleh dijadikan teladan. 2. Elakkan menulis lagi hal peribadi, seperti hari ini mahu makan apa ya?, Petang ini ingin merasa Tomyam Itik, hari ini hari jadi suami ataupun isteri saya. Anak saya mendapat 5A, Yahoo / Alhamdulilah, elakkan menceritakan hal peribadi yang tidak ada ataupun yang membawa kebaikan kepada orang lain. Hanya habis masa untuk orang lain membacanya. 3. Menulis dengan bermula dengan Bismillah. Supaya kita memohon Allah supaya memandu tulisan kita agar ianya menjadi amalan yang dirahmati Allah di mana Malaikat di sebelah kanan yang menulisnya. Setiap kali orang yang membaca entri kita juga kita dapat pahala kerana mereka akan menyebut Bismillah dan juga In Syaa Allah orang yang membaca juga bukan sahaja mendapat pahala dan hatinya menjadi lebih lunak dengan mengingati dan bersama Allah In Syaa Allah. 4. Buat masa ini, hentikan penulisan berkenaan politik sekiranya ada, kerana hanya segelintir sahaja yang menulis isu politik dengan membawa Akhlak Islam bersama. 5. Akhirnya tulisan kita dengan Astaghfirullah, (hendak ditulis sampai habis ayat itu lebih baik), dengan niat kita memohon ampun kepada Allah, takut-takut tulisan kita itu jatuh haram, kerana membuang masa orang Islam, ataupun membuat orang terleka dengan dunia, ataupun berkongsi ilmu yang tidak syariah compliant. 6. Tidak menggunakan perkataan marilah, jom, ataupun ayat yang sewaktu dengannya, yang mengajak-ajak orang membuat kebaikan. Ini mengikut kajian membuatkan banyak orang rasa tidak selesa dengan kata-kata ini. Ini yang menjadikan usaha kita membawa Islam bersama kita tidak berkesan. 7. Tulis dalam entri yang pendek, buat banyak perenggan supaya orang tidak letih. Jangan ikut Shamsuddin Kadir yang tulis berjela, ada sebab yang saya akan terangkan di masa depan nanti In Syaa Allah. 8. Tulis dengan membawa akhlak dan Allah bersama. 9. Jangan mengajar-ajar orang lain, contohnya, marilah kita tinggalkan permainan game online ini, ianya hanya membazirkan waktu. Ataupun marilah kita menutup aurat kerana cara itu sebenarnya mengikut apa yang saya perhatikan tidak berpengaruh, di mana ianya tidak membuatkan orang ingin ikut kata-kata kita. Saya ada hujahnya. 10. Baca semua entri-entri saya yang bertajuk pesan ketua sifu agama saya, ataupun pesan sifu agama saya. In Syaa Allah entri itu untuk melembutkan hati kita, supaya ianya menghasilkan kasih sayang apabila memandang orang lain. In Syaa Allah. Melihat orang lain dengan pandangan kasih sayang. Tidak berkongsi terlalu banyak fakta, cukup sebagai permulaan 1 -3 entri sehari. Didoakan usaha ini yang bermula pada bulan Ramadhan ini, menjadikan kita lebih dengan kepada amalan dan ajaran Islam yang membawa kepada kebaikan. Kalau diperlukan nanti saya buat juga kursus percuma dalam isu ini di pejabat kita di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Kepada tuan dan cik puan yang berminat untuk menjadi agen-agen kebaikan ini, boleh tinggalkan nama di bawah, In Syaa Allah saya akan pantaukan entri-entri yang tuan dan cik puan tulis. Bukan semuanya tetapi In Syaa Allah sebahagian daripadanya. Saya berikan komen secara am di facebook saya nanti para mentee, ingatkan saya, sekiranya saya tidak menulisnya. Kepada yang berminat, tinggalkan nama kita dibawah di bawah, dan mulakan berlatih menulis perkara yang lebih berguna itu, supaya ianya menjadi amalan kita dan memperbaiki hati kita. Astaghfirullah. Malaysia | Shamsuddin Kadir
Posted on: Tue, 16 Jul 2013 06:46:08 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015