Bismillahir Rohmani Rohim / Bshem YHWH Ha Rachman - TopicsExpress



          

Bismillahir Rohmani Rohim / Bshem YHWH Ha Rachman weRachum Assalamualaikum / shalom aleykhem, umat Islam perlu banyak berdoa agar bangsa Palestin diberikan perlindungan dan petunjuk dari ALLAH S.W.T bagi melepaskan mereka dpd kezaliman dan kekejaman pihak zionis. Kekejaman zionis telah memperlihatkan sikap sebenar amerika syarikat yg mengamalkan dasar ‘double standard’. Mereka begitu cepat menyerang negara Islam jika negara Islam dituduh melakukan keganasan tetapi kegilaan dan kezaliman Israel hanya dibiarkan sahaja. Begitu juga dgn etnik Rohinga di Myanmar. Cuba kalo negara Islam yg berbuat sedemikian, secara automatic amerika dan PBB akan menghantar tentera untuk menghalang pembunuhan dan keganasan.. apa yg sangat mengecewakan ialah sikap negara2 Islam yg mengetahui kedajjalan amerika syarikat tetapi tetap menjadi pengikut dajjal tetapi dari sisi lain hal ini memperlihatkan yg mulia nabi Muhammad s.a.w yg telah menerangkan khabar ghaib mengenai dajjal laknattullah. Rasullullah s.a.w sering mengingatkan ‘syurga’ dajjal adalah ‘neraka’ dan ‘neraka’ dajjal adalah ‘syurga’. negara2 Islam yg kaya dgn hasil minyak telah menyalah gunakan anugerah ALLAH S.W.T. mereka terpesona dgn syurga yg dicipta oleh dajjal yg bermata satu iaitu ‘celik’ kpd keseronokan dunia tetapi ‘buta’ kpd kehidupan beragama. negara2 Islam yg kaya terikut menjadi ‘buta’ kerana menyimpan wang mereka di bank2 dajjal, membeli syarikat, hartanah dan segala produk berjenama dajjal. mereka keasyikan dan ketagih gaya hidup bebas dan hiburan ciptaan dajjal dan ‘syurga’ ini memudahkan dajjal memperkudakan mereka. pemimpin2 Islam ini tidak ubah seperti budak suruhan dan ibarat lembu dicucuk hidung tanpa disedari bahwa ‘tali’ yg mengikat mereka itu akan membawa ke neraka. Alhamdulillah pemimpin Malaysia tidak tunduk dgn kemahuan si dajjal ini. bukti pemimpin negara2 Islam terpaksa didukung oleh amerika kerana jika mereka melawan segala harta dan kepentingan mereka yg di jaga oleh dajjal akan dirampas. ternyatalah pemimpin2 ini lebih takut kpd dajjal dpd ALLAH S.W.T. kesyirikan ini yg menjadi salah satu punca utama kemurkaan ALLAH S.W.T kpd sebahagian pemimpin2 Islam dan tempiasnya juga turut dirasai oleh seluruh umat Islam. kemungkaran ini menyebabkan pelbagai dosa lain juga bercambah. salah satunya apabila ada kelompok2 Islam yg kecewa dgn negara2 Islam yg kaya mula mengambil insiatif sendiri bagi membela Islam. malangnya, tindakan mereka menggunakan kekerasan telah mendatangkan banyak keburukan dan merugikan umat Islam. akibat sibuk membalas dendam melalui jihad, peperangan menyebabkan mereka terlupa pesan2 agung al-Quran dan sabda2 suci nabi Muhammad s.a.w. mereka tercari2 dan menggunakan pelbagai kekuatan senjata untuk melawan dajjal. padahal utk membunuh dajjal tiada jalan lain kecuali mengikut nasihat nabi yg mulia dan agung iaitu Muhammad s.a.w dgn melancarkan jihad INTELAKTUAL bukan dgn jihad senjata dan kekerasan. Rasullullah s.a.w bersabda, “jika ia [dajjal] muncul dan aku ada di tengah2 kamu, aku akan mengalahkan dia dgn DALIL. Dan, apabila ia muncul, sedangkan aku tidak ada di tengah2 kamu, hendaklah tiap2 org berbantah dgn dia” –hadis riwayat Imam at-Thabrani dlm al-Kabir, Ibnu Asakir dari hazrat Abdul Rahman bin Jabir ibnu Nufair r.a dari ayahnya dan dari datuknya; dan Kanzul-Umal, JuzXIV/38790. kegagalan umat Islam mengikut nasihat baginda s.a.w menyebabkan mereka sering dikalahkan oleh dajjal. buktinya, sudah berapa lama umat Islam berjihad berperang dgn menggunakan senjata melawan mereka? selepas tragidi 11 September, ada org Islam bergembira dgn serangan tersebut, tetapi apakah peristiwa itu memberi kemenangan kpd Islam? dajjal ini telah memerangkap masyarakat Islam dgn mengapi2kan org Islam dan kemudian mereka menanti sahaja pejuang Islam melakukan keganasan ato penyerangan ke atas mereka. Serangan ini digunakan sebagai alasaan utk menyerang habis2an dan membunuh semua org Islam. nampaknya sebilangan para ulamak dan pemimpin Islam masih tidak nampak perangkap ini dan mereka terus mengajar dan menanamkan konsep jihad peperangan dgn beranggapan semua org kafir sbg syaitan dan harus dibunuh dgn kekerasan. Lebih memalukan lagi, dlm konteks bangsa Palestin, mereka sesame sendiri tidak bersatu di antara FATAH dan HAMAS. bagaimana mereka ingin meraih kejayaan dan kemenangan jika perintah al-Quran tidak dipedulikannya. serupa juga dgn negara Malaysia, ejen2 dajjal sengaja menabur benih kebencian sesama umat Islam melalui sistem politik. mereka inginkan Islam berpecah dan selepas itu dgn senang mereka akan menerobos masuk ke dlm sistem perundangan dan mencemar kedaulatan negara kita. sekarang ini sudah mula nampak tanda2nya ia sudah mula menyerang kita. semua ini adalah kerana umat Islam masih meraba2 mencari pemimpin rohani yg sejati untuk menyatukan umat Islam. sabar……… janji ALLAH S.W.T itu pasti. waAllaahu alaam bi showaab, Jazakumullahu khayran katsiron / Yevarekha HaShem etkha
Posted on: Tue, 04 Mar 2014 06:01:05 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015