BismillahirRahmanirRahim Hubungan Uthmaniyyah-Melayu bukanlah - TopicsExpress



          

BismillahirRahmanirRahim Hubungan Uthmaniyyah-Melayu bukanlah satu ikatan yang lemah; sebaliknya ia adalah hubungan yang sangat kuat berakar umbi di antara satu sama lain dalam bidang agama, kebudayaan dan juga hubungan kekeluargaan. Walaupun jarak memisahkan kedua-duanya, mereka bersatu dengan nilai-nilai Islam yang dikongsi bersama. Kebenaran ini tidak dapat diselindung untuk selamanya. Kini ahli-ahli sejarahwan telah menemui ribuan surat yang dikirimkan kepada Khalifah Uthmaniyah dari raja-raja Melayu. Segala khazanah persuratan Melayu bertebaran di seluruh muzium-muzium dan universiti-universiti Eropah dan para pengkaji sejarah tempatan menganggarkan segala khazanah ini mencakupi beratus-ratus hingga beribu-ribu manuskrip, tidak termasuk khazanah Melayu dari Indonesia yang dicuri oleh Belanda. Soalannya, mengapakah semua ini harus disembunyikan dari pengetahuan umum? Itulah muslihat musuh-musuh Islam yang sedang berusaha sedaya upaya untuk memecah belahkan umat Islam. Apabila Barat sampai ke Timur berlakulah pertembungan di antara berbagai-bagai tamadun yang telah bertapak di sana dengan yang Barat. Hasil pertembungan itu tamadun Timur secara perlahan-lahan telah dipengaruhi oleh kesan tamadun Barat yang lebih moden dan lebih dinamik. Mereka mula memisahkan agama dari kehidupan ini di mana manusia adalah bebas dari asuhan agama dan ketetapan dari Yang Maha Kuasa. Inilah antara konsep sekularisme dimana kerajaan atau entiti lain harus wujud secara terasing dari agama atau kepercayaan agama. Sekularisme kini telah menjadi bahagian dari anggota atau bahkan menjadi tubuh badan umat islam. Akibatnya, Islam masa kini dipersenda dan dihina hampir setiap hari dan setiap masa. Di merata-rata dunia, maruah umat Islam semakin tercabar dan terluka. Maruah umat Islam telah dihumban ke tahap yang paling rendah. Puncanya terletak di bahu kita, kaum muslimin yang telah mengingkari pemerintahan Khalifah. Seratus tahun yang lalu, umat Islam telah bersatu hati dalam membubarkan Sistem Khilafah Islamiah. Ini merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh pihak kuffar demi untuk meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan. Marilah kita kembali bersatu sebagai satu ummah, mewujudkan jamaah yang ditunjangi dengan kekuatan akidah, menjadikan Islam teguh di mata dunia. Marilah kita bangkit dan bersatu dalam menghadapi musuh dengan berpegang teguh kepada ajaran dan sunnah Rasulullah sws, memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak diri agar tidak termasuk perangkap musuh yang amat dashyat. - Hoja Lokman Effendi Hz
Posted on: Sat, 16 Nov 2013 07:24:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015