BismillahirRahmanirRahim ISLAM MEMBASMI KEPERCAYAAN KARUT - TopicsExpress



          

BismillahirRahmanirRahim ISLAM MEMBASMI KEPERCAYAAN KARUT MASYARAKAT MELAYU Kedatangan Islam ke Nusantara yang dibawa oleh para Sufi dari kerajaan Uthmaniyyah telah berjaya membasmi kepercayaan karut dalam masyarakat Melayu pada ketika itu. Walau pada mulanya berat untuk meninggalkan segala amalan kuno mereka, namun berkad kegigihan mereka untuk meningkatkan ketaqwaan diri, akhirnya mereka meninggalkan jua segala amalan jahilliyah dan kepercayaan karut seperti pemujaan dewa dan patung-patung. Adalah mudah bagi orang-orang melayu untuk menerima Islam kerana masyarakat Melayu pada masa itu sangat memandang tinggi kedudukan Sultan kerana dianggap mempunyai daulat dan sesiapa yang derhaka akan dapat nasib yang buruk. Orang melayu hanya berubah secara besar-besaran apabila Raja-rajanya berubah. Contohnya apabila Raja memeluk Islam keseluruhan rakyat akan mengikutinya. Kelebihannya walaupun 500 tahun dijajah Kristian, orang Melayu kekal Islam. Tidak seperti di Filipina atau Indonesia. Hadith Nabi bermaksud “Sesungguhnya rakyat akan mengikut gaya, cara hidup dan agama pemimpin mereka”. Ulama-ulama sufi yang dikirim oleh Sultan Uthmaniyyah ke tanah melayu ini, dengan kebolehan masing-masing menyampaikan dakwah Islam kepada raja-raja yang memerintah ketika itu sehingga mereka menjadi peneraju perubahan dan hampir seluruh keturunan mereka memeluk Islam. Dakwah Islamiyah berkembang hasil usaha mereka juga. ANTARA BUKTI HUBUNGAN ERAT KHALIFAH UTHMANIYYAH DAN SULTAN MELAYU ·Persamaan antara Bendera Khilafah & Bendera Alam Melayu Bendera Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Bendera Uthmaniyyah ·Kerajaan Hindu Lenyap dengan Bantuan Khilafah 1471 : Sultan Mahmud II (Khilafah Uthmaniyah) ikat perjanjian dengan Sultan Mansur Shah. Khilafah bantu Melaka dengan senjata dan askar. Melaka jadi pusat Dakwah 1519, Portugis di Melaka cemas dengar ura-ura tentang kiriman armada Khilafah Uhtmaniyah bantu Muslim di Melaka Nenek moyang para sultan Acheh adalah orang Arab yang dikirim oleh Khilafah Uthmaniyah untuk sebar Islam di Acheh 1530, Sultan Al-Qahhar (Acheh) dapat bantuan Khilafah Uthmaniyah Meriam secupak lada dari Uthmaniyyah 1564 Khilafah beri Acheh 500 meriam. Teknologi meriam Khilafah adalah yang tercanggih di dunia. Acheh serang Portugis di Melaka 6 kali dengan bantuan Khilafah Uthmaniyah iaitu pada 1537, 1539, 1547, 1568, 1573 dan 1575. Portugis berjaya disekat dari jajah Acheh dan wilayah lain. Hubungan akrab di antara Acheh dan Khilafah Uhmaniyah pertahankan kemerdekaan Acheh selama lebih 300 tahun. Raja Ali Kelana (Mufti Johor) Menghubungkan Alam Melayu dengan Khilafah 1879 : Lawatan pertama Sultan Abu Bakar (Johor) ke Istanbul Sultan Abdul Hamid (Khalifah Uthmaniyah) kurniakan dua wanita Turki, Khadijah Hanim untuk nikah dengan Sultan Abu Bakar dan Ruqayah Hanim untuk nikah dengan Engku Majid bin Temenggung Ibrahim (adinda Sultan Abu Bakar). Ruqayah adalah ibu kepada Dato Onn bin Jaafar. 1894: kapal perang Khilafah ‘Attughrul’ datang ke Johor dan pegawainya dirai oleh Sultan Abu Bakar. 1895: Ketika Sultan Ibrahim perintah Johor, dikeluarkan perintah kepada jabatan agama Johor supaya diseru nama Sultan Ibrahim dalam khutbah beriring dengan nama Khalifah Uthmaniyah. Undang-undang Khilafah diterimapakai sebagai undang-undang kewangan di Johor sejak 1893 lagi. 1890an – 1908: Usaha Khilafah Untuk Selamatkan Kelantan, Terengganu, Patani & Kemboja 1750an : Khilafah Uthmaniyyah melantik Sheyh Daud Abdullah al-Fatani dari Gerisik Pattani menjadi Sheykh Haji dan merupakan orang melayu yang pertama memegang jawatan tersebut. Kesimpulannya, hubungan Uthmaniyyah-Melayu bukanlah satu ikatan yang lemah; sebaliknya ia adalah hubungan yang sangat kuat berakar umbi di antara satu sama lain dalam bidang agama, kebudayaan dan juga hubungan kekeluargaan. Walaupun jarak memisahkan kedua-duanya, mereka bersatu dengan nilai-nilai Islam yang dikongsi bersama. Kebenaran ini tidak dapat diselindung untuk selamanya. Kini ahli-ahli sejarahwan telah menemui ribuan surat yang dikirimkan kepada Khalifah Uthmaniyah dari raja-raja Melayu. Segala khazanah persuratan Melayu bertebaran di seluruh muzium-muzium dan universiti-universiti Eropah dan para pengkaji sejarah tempatan menganggarkan segala khazanah ini mencakupi beratus-ratus hingga beribu-ribu manuskrip, tidak termasuk khazanah Melayu dari Indonesia yang dicuri oleh Belanda. Soalannya, mengapakah semua ini harus disembunyikan dari pengetahuan umum? Itulah muslihat musuh-musuh Islam yang sedang berusaha sedaya upaya untuk memecah belahkan umat Islam. USAHA MUSUH-MUSUH ISLAM UNTUK MEMECAH BELAHKAN UMAT ISLAM Apabila Barat sampai ke Timur berlakulah pertembungan di antara berbagai-bagai tamadun yang telah bertapak di sana dengan yang Barat. Hasil pertembungan itu tamadun Timur secara perlahan-lahan telah dipengaruhi oleh kesan tamadun Barat yang lebih moden dan lebih dinamik. Bidang pendidikan mula disusun mengikut garispandu Barat. Begitu juga media massa mencontohi model Barat. Bahkan, kota raya dan industri menyerupai yang terdapat di Barat berbanding dengan bandar tradisional yang terdapat di Timur. Golongan intelek pergi ke Barat untuk menimba ilmu dan mereka yang mengaji di tanah air pula meneruskan pengajian di universiti yang bercorakkan seperti yang terdapat di Barat. Struktur masyarakat Timur mula berubah dan perubahan itu pula sentiasa ke arah stuktur masyarakat moden-Barat iaitu melalui pengaruh moden. Pengalaman Barat, prinsip kehidupan Barat, sejarah Barat, pendidikan Barat dan sekurang-kurangnya kemahiran Barat dianggap perlu untuk menjalankan kehendak penjajah dengan cekap. Orang-orang Muslim mula kagum dengan gaya hidup orang-orang barat sehingga hendak meniru mereka dalam segala aspek kehidupan. Mereka mula memisahkan agama dari kehidupan ini di mana manusia adalah bebas dari asuhan agama dan ketetapan dari Yang Maha Kuasa. Inilah antara konsep sekularisme dimana kerajaan atau entiti lain harus wujud secara terasing dari agama atau kepercayaan agama. Konsep yang manganjur manusia untuk tidak melibatkan Allah dalam kehidupan seharian kerana ia akan mengganggu perjalanan hidup mereka. Sekularisme kini telah menjadi bahagian dari anggota atau bahkan menjadi tubuh badan umat islam. Akibatnya, Islam masa kini dipersenda dan dihina hampir setiap hari dan setiap masa. Di merata-rata dunia, maruah umat Islam semakin tercabar dan terluka. Sudah tidak terhitung rasanya penghinaan yang dilakukan oleh golongan kuffar ke atas agama Allah. Mereka semakin berani menghina Rasulullah (sws) secara terang-terangan. UMAT ISLAM MENGINGKARI PEMERINTAHAN KHALIFAH Maruah umat Islam telah dihumban ke tahap yang paling rendah. Puncanya terletak di bahu kita, kaum muslimin yang telah mengingkari pemerintahan Khalifah. Seratus tahun yang lalu, umat Islam telah bersatu hati dalam membubarkan Sistem Khilafah Islamiah. Ini merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh pihak kuffar demi untuk meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan. Umat Islam masa kini menyokong terus sistem demokrasi. Di bawah sistem demokrasi, punca kuasa terakhir terletak di tangan rakyat. Kuasa menggubal undang-undang, struktur kerajaan dan kuasa pemerintahan berada di tangan rakyat. Mereka inilah yang menentukan siapa yang akan memegang tampuk kuasa kerajaan. Mereka merasa bangga kerana diberi kuasa untuk melantik pemimpin masing-masing dan mereka inilah golongan yang menentang sebarang usaha untuk mendirikan Daula Khilafah bagi mengembalikan kemuliaan dan kekuatan Islam. Kaum Muslimin menyokong sistem demokrasi, nasionalisme dan sekularisme. Mereka semakin tenggelam dalam suasana hidup yang tidak berpedoman dan maka selama itulah agama suci kita ini akan terus dihina oleh musuh Allah tanpa pembelaan. Sheytan tidak ingin melihat hamba-hamba Allah (s.w.t) menjadi Jemaat yang bersatu. Dia akan sentiasa berusaha mencari jalan untuk memisahkan manusia, memecah belahkan manusia sebagai puak-puak yang berjauhan dan bermusuhan sesama mereka. Dengan cara ini, amat mudah bagi sheytan untuk menguasai manusia. Dan dalam abad ke-21 ini, sheytan telah melakukan tugas yang yang terbaik dalam mencapai matalmatnya yang terunggul itu. Nabi Muhammad (s.a.w) pernah berkata, ‘ kejahilan yang berlaku di akhir zaman adalah jauh lebih buruk jika dibandingkan dengan kejahilan yang berlaku pada zaman jahiliya yang pertama.’ Kit harus berpatah balik untuk mencari jalan keredhaan Illahi. Ya, sesungguhnya racun-racun berbisa yang membinasakan dan menghancurkan kekuatan kaum Muslimin serta melemahkan gerak mereka bukan hanya orang-orang kafir yang berkumpul untuk membuat fitnah terhadap Islam. Akan tetapi kuman-kuman yang menyelinap didalam tubuh kaum muslimin yang lambat tapi pasti itu merupakan penyimpangan golongan para ilmuwan Islam yang selalu membuat kabur Sunnah Rasulullah sws. PENYIMPANGAN PARA ILMUWAN DAN CENDEKIAWAN ISLAM DI AKHIR ZAMAN Terdapat sebuah hadis yang menyebutkan tentang persoalan fitnah di akhir zaman. Rasulullah (sws), pernah mengingatkan umatnya bahawa para-para ilmuwan dan cendekiawan Islam di akhir zaman akan mewujudkan pelbagai fitnah dan kekeliruan dikalangan umat Islam. Fitnah ini akan tersebar luas ke seluruh lapisan masyarakat. Ia akan berligar-ligar mengelilingi seluruh pelusuk dunia dan akhirnya ia akan kembali semula pada asasnya, iaitu di atas kepala para ulama yang bertanggungjawab itu. Mereka tidak akan dapat melarikan diri dari bebanan besar yang sedang menanti untuk dihumbankan ke atas diri mereka, dan akhirnya mereka akan tenggelam bersama dengan fitnah-fitnah rekaan mereka sendiri. Belum pernah Allah menciptakan sesuatu makhluk yang lebih dashyat daripada mereka yang bergelar ulama, para ilmuwan dan cendekiawan Islam. Dan adalah amat membimbangkan apabila kita melihat bahawa di kalangan ummat ini, terdapat terlalu ramai yang hanya kerana mereka tahu membaca dan menulis, mereka menyimpan hasrat untuk menjadi salah seorang daripada ulama dan cendekiawan Islam yang terkemuka. Ketahuilah bahawa gelaran ulama itu tidak memberi jaminan bahawa kamu itu adalah seorang Mukmin yang baik. Gelaran itu hanya dapat membuktikan bahwa kamu itu pandai membaca dan menulis. Itu sahaja. Keempat-empat Imam Besar dalam Islam iaitu 4 mazhab dalam Islam; Imam Syafie, Imam Maliki, Imam Hambali dan Imam Hanafi telah berulangkali mengatakan, ‘jika tidak kerana masa beberapa tahun yang telah kami luangkan untuk menerima asuhan daripada Ahli Tarikat, Ahli Tasawwuf, maka kehidupan kami pasti akan ditimpa musibah dan bala bencana.’ Inilah diantara tanda-tanda Akhir Zaman, zaman yang dipenuhi dengan kontroversi dan kekeliruan. Perpecahan dan kekeliruan, bukan penyatuan dan perpaduan. Kerana semua orang berkata, ‘Akulah yang terbaik. Akulah yang betul. Aku tahu menulis dan membaca. Aku sedang membimbing diri ini ke jalan yang benar, jalan menuju kepada Allah.’ FITNAH TERHADAP UTHMANIYYAH Bodoh dan sombong. Begitulah keadaannya dengan jenis makhluk hina yang tercipta dari Ummat ini. Terdapat begitu banyak kumpulan-kumpulan yang wujud di Akhir Zaman ini yang mempunyai agenda untuk menyebarkan kekeliruan di kalangan umat Islam. Di antara kekeliruan dan fitnah terbesar yang sedang giat ditabur di sana sini adalah yang bersangkutan dengan Uthmaniyyah. Ya, Uthmaniyyah yang kami sanjung dan junjung tinggi. Di sebalik pencapaian hebat lagi menyerlah yang wujud pada zaman kesultanan Uthmaniyyah, terdapat pula kata-kata sumbang yang mempertikaikan pejuangan para Khalifah Islam itu. Segala fitnah dan tomah ini sengaja direka oleh jenis makhluk dashyat yang belum pernah dicipta Allah swt di bawah Kubah-Nya. Mereka yang dimaksudkan itu adalah tidak lain dan tidak bukan iaitu para ilmuwan dan para cendekiawan Islam sendiri. Fitnah-fitnah sengaja direka oleh golongan yang jahil ini dengan tujuan untuk menimbulkan konflik dan kekeliruan dikalangan masyarakat Islam tentang kekhalifahan Uthmaniyyah. Sungguh berani mereka membangkitkan fitnah dan kebencian terhadap para kekasih Allah. Ya, baru-baru ini kedengaran kata-kata sumbang yang lahir dari salah seorang ilmuwan Islam yang amat berpengaruh. Beliau mempunyai ramai pengikut dan menjadi sumber inspirasi dan inovasi bagi generasi terkini termasuk di daerah Nusantara ini. Beberapa bulan yang lalu, beliau telah diwawancara dalam sebuah segmen di radio/internet. Sepanjang sesi temubual itu, beliau yang menggelarkan diri sebagai seorang Sheykh. Tetapi anehnya, beliau tidak menampil kehadapan dengan nilai-nilai keIslaman. Mengapa harus menyembunyikan identiti keIslaman kamu? Apakah maksud yang tersirat disebalik kepura-puraan itu? Apakah mesej yang ingin disampaikan? Sememangnya jika dilihat pada keadaan umat Islam masa kini, jelas ternyata bahawa identiti keIslaman semakin menipis terutamanya di kalangan generasi muda. Maka sebagai seorang ahli agama yang mempunyai impak kepada masyarakat, bukankah lebih wajar jika kamu menampil kehadapan dengan nilai-nilai keIslaman mentelah lagi jika berada di persekitaran di mana harus berhadapan dengan orang-orang kafir. PENYIMPANGAN ILMUWAN ISLAM Malangnya ini tidak berlaku. Golongan cendekiawan dan ilmuwan Islam ini hanya pandai bermain kata, fasih berbicara dan berdebat, ibarat tong kosong berbunyi nyaring. Fokus temu bual itu tertumpu kepada topik yang bersangkutan dengan kerajaan Uthmaniyya. Di sini, beliau mula mengatakan bahawa dunia Islam telah membuat satu kesilapan yang teramat besar. Beliau mengemukakan sebuah hadis dimana Rasulullah (asws) pernah membayangkan khabar gembira, iaitu ketika memimpin Perang Khandak bahawa suatu ketika nanti, Konstantinopel akan dibuka oleh umat Islam. Sabda baginda, “Sesungguhnya Kostantinopel itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.” Dengan penuh yakinnya beliau berkata bahawa dalam hadis Rasulullah mengenai penaklukan Konstantinopel, Raja yang dimaksudkan itu bukanlah Sultan Mehmet Fatih. Dan sepanjang 700 tahun ini, Dunia Islam telah membuat satu kesilapan dalam memikirkan bahawa ia adalah Sultan Mehmet Fatih. Semua para alim ulama, para wali-wali Allah, para shuhada’ dan para salihin di sepanjang 700 tahun ini telah terkeliru. Beliau mengatakan lagi bahawa perlantikan tersebut adalah satu konsensus, konsensus dari seluruh dunia Islam. Dan beliau begitu meyakini bahawa penaklukan Istanbul adalah salah satu daripada perbuatan yang paling memalukan yang pernah dilakukan oleh umat Islam. Pelbagai lagi tuduhan dan fitnah yang telah beliau lemparkan kepada kedaulatan Uthmaniyyah. Inilah akibatnya jika kita terlalu bermegah dengan ilmu yang didapati daripada pembacaan buku di sana sini. Itulah yang berlaku keatas dirinya. Hasil daripada pembacaan meluas dari sumber-sumber yang berbeza, beliau menjadi keliru dan mula mencampur adukkan setiap yang dipelajarinya itu dan mengatakan bahawa itulah ilmu akhir zaman. Oh..tidak…tidak..tidak. Tidak semudah itu. Untuk memiliki ilmu Akhir Zaman, kamu harus mempunyai jalinan hubungan syurgawi. Bukan sekadar menurut pemikiran kita sendiri, dan tentu sekali bukan dengan melayani ego sendiri. Yang pasti, beliau ini sedang berbicara menerusi ego. Ketahuilah bahawa barangsiapa yang tidak mempunyai Sheykh, sheykh mereka adalah sheytan. Dan Sehytan itu akan mengatakan bahawa andalah yang terhebat, andalah itu dan ini. Seterusnya, beliau juga telah bersumpah bahawa umat Islam di akhir zaman akan bersekutu dengan Russia. Dengan pertolongan dari pihak Russia, mereka akan menakluki Istanbul. Beliau juga telah bersumpah bahawa namanya akan ditukar kembali menjadi Konstantinopel. Ini adalah kerana Rasulullah (asws) menyebutnya sebagai Konstantinia. Itulah yang beliau katakan. Bahkan beliau mengatakan juga bahawa adalah menjadi impiannya untuk melihat Aya Sofia dikembalikan kepada kristian agar mereka dapat menukarnya kembali untuk menjadi sebuah gereja. Beliau berkata, ‘saya bersumpah bahawa saya akan mengembalikan Aya Sofia kepada orang-orang Kristian.’ KEGEMILANGAN UTHMANIYYA AKAN KEMBALI MEMUNCAK Jahil, angkuh, bodoh dan sombong. Berani beliau menyentuh dan mencemari kesucian Uthmaniyyah. Awas! Kegemilangan Uthmaniyyah akan kembali memuncak. Pedang akan dihunus! Menggelupurlah kamu, orang-orang yang besar kepala. Kerana itulah masa dimana akan terpisah kepala dari badan. Ini adalah amaran dari Osmanli Dergahi. Hentikan perbuatan yang mengelirukan umat manusia. Jangan sesekali kamu mengatakan sesuatu yang kamu sendiri tidak pasti tentang kebenarannya. Perbetulkan fakta sejarah kamu. Insafilah diri dan kembali beriman kepada Allah swt. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Kesultanan Uthmaniyyah adalah kesultanan yang berdaulah dan sesungguhnya Tajalli Allah dan Rasulnya (sws) ada bersama mereka. Hentikan segala penyebaran racun berbisa kerana akhirnya ia akan memakan diri sendiri. Masyarakat sejagat kian memahami dan mengenali keunggulan Empayar Uthmaniyyah. Dari timur ke barat dan utara ke selatan, umat Islam sedunia mula sedar bahawa Daulah Uthmaniyyah yang memayungi umat Islam mencapai zaman keemasan keluasan wilayah dan kekuatan tentera yang ampuh telah menyatu padukan umat manusia di bawah panji-panji Islam dan maka dengan itu terbinalah kekuatan yang tiada tolok bandingnya. Kesedaran tentang hakikat kegemilangan tamadun Islam di bawah pemerintahan Uthmaniyyah telah membuka jalan dan memberikan harapan kepada umat Islam hari ini untuk kembali bersatu di bawah satu kalimah dan panji-panji. Inilah zamannya, permulaan untuk Islam kembali bangkit seperti yang dijanjikan. Namun syaitan durjana sedang mempergiatkan lagi usaha untuk memecah belahkan umat Islam dengan segala macam kejahatan dan tipu daya. Mereka akan berkata, ‘tidak perlu untuk bersatu padu. Jangan berjemaah. Teruskan dengan hidup bersendirian dan bermusuhan.’ UMAT ISLAM HARUS BANGKIT DAN BERSATU Jangan kita ditewaskan dengan tipu daya serta bisikkan syaitan. Marilah kita bersatu sebagai suatu ummat. Ummat yang ditunjangi dengan kekuatan akidah daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa sebagaimana yang difirmankan oleh Allah s.w.t dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain.” Inilah yang dimaksudkan dengan sebuah Empayar. Inilah yang dimaksudkan dengan sebuah Tamadun Islam. Tamadun yang mampu untuk mengeluarkan menusia dari kegelapan jahiliyah kepada Nur Islam. Marilah kita bangkit dan bersatu dalam menghadapi musuh dengan berpegang teguh kepada ajaran dan sunnah Rasulullah sws. Bagi menyekat fitnah yang menyerang umat Islam dari segenap penjuru, maka perlulah umat Islam hari ini memperkuat dan memeperkemaskan benteng pertahanan mereka supaya tidak mudah terpedaya dengan segala macam fitnah yang disebutkan tadi. Marilah kita pastikan diri kita termasuk ke dalam barisan umat Islam yang sibuk mengusahakan tertegaknya Kalimah Allah di muka bumi ini. Daerah Nusantara ini akan memainkan peranan yang cukup besar dalam ketibaan Imam Mahdi (a.s). Imam Mahdi mempunyai seramai 99 orang Khalifah yang kini telahpun berada di merata dunia termasuk juga daerah Nusantara. Tidak mustahil pada suatu hari nanti seorang pemimpin dari kalangan bangsa Melayu Islam yang akan membebaskan ‘Rum’ untuk kali kedua. Peristiwa ini akan menjadi kenyataan sekiranya bangsa Melayu Islam mempunyai ciri-ciri dan kualiti yang sama dengan tentera Muhammad al Fatih iaitu Tentera Melayu Islam yang beriman dan bertaqwa yang mendaulatkan al Quran dan sunnah di dalam kehidupan dan perjuangan mereka semata-mata untuk mencari keredhaan Allah swt. Tujuan kita bukan untuk menyeru pada keganasan, pembunuhan, pemusnahan atau revolusi. Tidak. Tetapi revolusi yang harus kita tumpukan sekarang ini adalah revolusi di dalam diri kita sendiri. Kita harus melatih diri ini untuk menjadi lebih prihatin terhadap kehadiran musuh yang telah sekian lama bertakhta di dalam diri ini, iaitu Ego, Hawa dan Nafsu. Ramai yang tidak sedar bahawa diri itu telah berada di bawah kawalan musuh yang kian bermaharajalela. Marilah kita sama-sama mempertingkatkan amalan ibadah, membina ketaqwaan dan kekuatan iman sebagai persediaan menerima kehadiran Sahibul Zaman, Mahdi a.s. Umat Islam di Nusantara ini belum pernah bersatu sebagai satu Ummat. InsyaAllah, dengan Ketibaan Mahdi as. Kita akan bersatu. Ia akan menjadi kenyataan. Kita perlu ingat bahawa satu masa dahulu iaitu di waktu pemerintahan kesultanan Melayu Melaka bangsa Melayu adalah satu bangsa yang di segani dan dihormati oleh bangsa Eropah di Barat dan Cina di Timor. Dan tidak menjadi mustahil sejarah akan berulang kembali. Wa minAllahu Taufiq Bihurmatil Habib Bihurmatil Fatiha Sohbet Oleh Hoja Lokman Effendi Hz Khalifah bagi Sahibul Saif Sheykh Abd Kerim Effendi (QS) Osmanli Naksibendi Hakkani Share this: Twitter Facebook51 Like this:
Posted on: Sat, 05 Oct 2013 15:04:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015