Bisnes Genting bina taman tema RM400j 27 Julai 2013 - TopicsExpress



          

Bisnes Genting bina taman tema RM400j 27 Julai 2013 * PENGENDALI destinasi resort terbesar dunia, Resorts World Genting bakal membangunkan taman tema Twentieth Century Fox antarabangsa pertama di dunia dengan pelaburan lebih RM400 juta. Pelaburan itu adalah sebahagian daripada RM3 bilion untuk program pengubahsuaian Resorts World Genting yang juga termasuk pembinaan tambahan 1,300 bilik hotel bersebelahan First World Hotel. Taman tema yang bakal dibangunkan di atas tanah seluas lebih 10 hektar dan dijangka siap menjelang 2015 ini, akan menampilkan lebih 25 permainan dan tarikan dari pelbagai tajuk filem blockbuster Twentieth Century Fox seperti Ice Age, Rio, Life of Pi dan Predator. Pengerusi dan Ketua Eksekutif Genting Malaysia Bhd, Tan Sri Lim Kok Thay berkata, kerjasama yang dijalin dengan nama legenda dalam industri hiburan ini sekali gus untuk mencapai visi syarikat untuk menjadi jenama taman tema bertaraf dunia. “Pembinaan taman tema ini membolehkan pertumbuhan perniagaan berterusan yang dinamik selain memastikan Resorts World Genting terus menjadi pilihan percutian terbaik untuk pengunjung tempatan dan luar negara. “Kerjasama ini juga melambangkan masa depan di mana kami menggabungkan kekuatan, pelaburan antara satu sama lain dan menggalakkan pelancongan serta kemakmuran ekonomi Malaysia,” katanya pada majlis pengumuman taman tema tersebut dan menandatangani perjanjian berlesen bersama Twentieth Century Fox Consumer Products, di Kuala Lumpur, semalam. Menurutnya, pihaknya juga yakin taman tema Twentieth Century Fox mempunyai keunikan dalam menyampai dan menyediakan hiburan bertaraf dunia yang akan memenuhi permintaan taman tema bersifat sinematik yang semakin meningkat. Setelah selesai pembinaannya, Resorts Wolrd Genting optimis menggandakan jumlah pengunjung kepada lebih 40 juta orang setahun berbanding 20.5 juta yang dicatatkan ketika ini. Bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan taman tema itu juga, taman tema luar Genting akan ditutup bermula 1 September. S.H
Posted on: Sat, 27 Jul 2013 15:10:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015