Biz Tips : Teknik menipu pelanggan - sila jangan buat Baiklah, - TopicsExpress



          

Biz Tips : Teknik menipu pelanggan - sila jangan buat Baiklah, 2-3 hari ini anda pun tahu saya buat window shopping setelah tidak dibenarkan bekerja oleh suami (kene paksa cuti). Jadi, lama dah saya tidak bershopping...jadi apa yang saya belajar dari aktiviti sihat ini? 1) Pastikan barang yang kita display di online shop kita ada "READY STOCK" , mana yang telah sold out masukkan ke dalam album khas "SOLD OUT" atau clearly state di description item telah SOLD OUT. - pastikan kita sentiasa update stock status, alangkah frustnya sebagai pelanggan apabila telah scroll dan belek2 membuat pilihan, bila nak membuat akad membeli, "barang ni dah tak ada stock". Yang lebih menyedihkan lagi, dari 10 item yang ingin dibeli yang boleh memberikan seller keuntungan beratus ringgit, hanya available 1 item sahaja dari supplier. "READY STOCK" sangat penting :) jika anak2 biz saya tentu dah faham kenapa kan... "Di mana ada gula, pasti semut datang". 2) Jika kita menggunakan e-commerce website, pastikan info2 terutama HARGA, DISKAUN, UKURAN disemak dan dipastikan betul bagi mengelakkan pelanggan tertipu dan ini pernah terjadi pada saya :), jika butik biasa mungkin saya maafkan, tetapi yang sudah establish tidak sepatutnya berlaku. Bayaran telah dibuat berdasarkan P/O created by website, then saya menerima SMS daripada staff butik mengatakan jumlah bayaran tidak mencukupi, dan harga barang yang saya bayar itu salah seolah-olah kesalahan terletak pada saya tetapi setelah dijelaskan oleh saya, rupa-rupanya kesilapan terletak pada website yang diupah, HARGA salah display dan T&C coupon diskaun untuk member yang tidak jelas. Makanya, mudah sahaja untuk saya - BATALKAN pembelian dan sila pulangkan duit saya kerana saya rasa TERTIPU kerana terlalu banyak yang silap.. :) adalah hikmahnya tukan ... Baiklah 2 tips dari saya untuk hari ini, mari kita ke dapur untuk sediakan juadah berbuka hari ini, Soto Ayam :) my feveret~~ hari ini abang sulong nak datang buka pose di rumah.. almost lengkap semua adik beradik ada..kecuali Razi Anuar yang tidak balik minggu ini.... ;(
Posted on: Sat, 13 Jul 2013 07:21:44 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015