Buah-buahan dan Sayuran Untuk Buat Facial Secara DIY (Bolehlah - TopicsExpress



          

Buah-buahan dan Sayuran Untuk Buat Facial Secara DIY (Bolehlah cuba-cuba, anti aging katanya... Apa kata buat sendiri rawatan antiaging (anti-penuaan) untuk wajah anda. Mudah saja. Cukup dengan menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya akan antioksidan. Sama seperti jika dimakan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar juga bagus jika diaplikasikan sebagai bahan facial pada kulit, terutama di wajah. Selain mengandung antioksidan tinggi, dua jenis makanan ini juga kaya akan vitamin C yang mampu melawan radikal bebas, mencegah kedutan, dan membuat kulit lebih kencang dan kelihatan lebih muda. DELIMA Memang perlu sedikit usaha untuk mengaplikasikan buah ini di kulit wajah anda. Ambil sari dari buah ini, lalu tambahkan yogurt atau oatmeal. Paduan keduanya berfungsi sebagai scrub exfoliating yang boleh membantu mengangkat sel kulit mati dan menjadikan kulit lebih halus. Cara membuatnya: Kisarkan 2 sudu besar biji delima dan 1 cawan oatmeal mentah dengan pengisar makanan. Pindahkan ke dalam mangkuk lalu campurkan bersama 2 sudu besar madu (sebagai antiseptik) dan 2 sudu besar buttermilk. Selepas itu, sapukan ke seluruh wajah selama beberapa minit dan bilas. Ramuan ini boleh juga digunakan untuk menghaluskan bahagian kulit yang kasar. LABU KUNING Labu bagus untuk melembapkan dan melembutkan kulit. Cara membuatnya: Satukan 2 cawan labu, 4 sudu besar yoghurt vanila rendah lemak, 4 sudu besar madu, dan 1 sudu teh rempah pie labu. Oleskan ke seluruh wajah dan biarkan selama 10 minit, kemudian bilas. STRAWBERI Berfungsi memerangi radikal bebas yang boleh merosakkan sel- sel kulit dan memecah kolagen. Cara membuatnya: Haluskan 1 cawan strawberi beku atau segar. Lalu aduk bersama 1 cawan vanilla atau yogurt, dan 11 / 2 sudu besar madu. Resipi ini boleh anda nikmati sebagai jus dan selebihnya diaplikasikan ke kulit wajah. Terapkan 1-2 kali seminggu. MADU Madu membantu mengekalkan kelembapan kulit, menyembuhkan kulit kering atau pecah-pecah, serta mengetatkan dan melicinkan kulit. Cara membuatnya: Hangatkan madu dalam periuk kecil di atas api kecil. Lalu terapkan di seluruh permukaan kulit dan biarkan selama 15 minit. Setelah itu bilas dengan air hangat dan dinginkan wajah. YOGURT Yogurt mengandungi asid laktik, senyawa yang ditemui dalam beberapa chemical peeling yang dapat membantu menghilangkan noda, perubahan warna, dan mengurangkan kedutan halus. Cara membuatnya: Campurkan 1 cawan yogurt dengan 2-3 titik minyak almond atau zaitun dan 1 sudu besar madu. Aplikasikan pada wajah dan biarkan selama 20-30 minit . Setelah itu bilas dan keringkan. ZAITUN Buah zaitun bagus digunakan sebagai topeng untuk membantu pengelupasan kulit yang kasar serta menghilangkan kotoran dan sel kulit mati. Cara membuatnya: Haluskan dalam food processor. Aplikasikan seperti lulur pada wajah. TEH HIJAU Teh hijau sarat dengan kompaun anti-inflamasi dan tanin untuk membantu mengurangkan bengkak pada kulit. Teh hijau juga mengandungi antioksidan yang melawan penuaan awal. Cara membuatnya: Masukkan beg teh basah ke dalam peti ais. Setelah sejuk, aplikasikan ke atas mata (tertutup ) selama 10-15 minit. BROWN SUGAR Bijirin alami dalam gula membantu kulit kasar mengelupas dan mengangkat sel kulit mati. Cara membuatnya: Masukkan 1/2 cawan brown sugar dalam penggiling kopi dan buat teksturnya lebih halus dan sedikit kasar ( jika digunakan untuk tubuh tidak perlu digiling ). Tambah 3 sudu besar minyak zaitun untuk kelembapan tambahan dan ( jika ingin ) sejemput buah pala untuk aroma. Aduk hingga membentuk paste. Basahi wajah, oleskan ramuan dengan gerakan melingkar selama 1-2 minit, kemudian bilas dengan air suam. Gunakan rawatan ini dua kali seminggu. MAPLE SYRUP Sirap maple murni yang sarat dengan kompaun antioksidan boleh membantu memperbaiki kerosakan radikal bebas dan tanda- tanda penuaan. Cara membuatnya: Aduk 1 sudu besar maple syrup dengan 1 sudu besar susu hangat. Tambah 3 sudu besar oat halus dan kacau lagi. Urut lembut ke wajah, biarkan selama 20 minit lalu bilas dan akhiri dengan mengoleskan wajah dengan pelembab. MINYAK ZAITUN Minyak zaitun jika digunakan secara topikal boleh mengurangkan keradangan, kerosakan radikal bebas, dan mencegah kedutan. Cara membuatnya : Sapukan minyak zaitun langsung ke kulit, kemudian gosok dengan kain sampai kulit terasa halus, lalu bilas. (sumber:wanista)
Posted on: Fri, 20 Sep 2013 04:25:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015