CALON NAIB KETUA PEMUDA UMNO BANTAI KAW2 BIG BOSS DAN UMNO YANG - TopicsExpress



          

CALON NAIB KETUA PEMUDA UMNO BANTAI KAW2 BIG BOSS DAN UMNO YANG TIPU RAKYAT! Bakal calon Naib Presiden Pemuda Umno, Lokman Noor Adam memberitahu The Star Online bahawa terdapat beberapa pendekatan munasabah yang berupaya mengukuhkan kedudukan ekonomi negara berbanding mengambil jalan mudah dengan mengurangkan subsidi. Kerajaan sepatutnya menunjukkan contoh dengan mengurangkan perbelanjaan dan gaji menteri terlebih dahulu daripada membebankan rakyat dengan kenaikan harga minyak. "Sebagai contoh, mereka boleh memotong gaji menteri dan timbalan menteri, mengurangkan elaun pengangkutan dan membekukan majlis semua acara yang tidak sepatutnya anjuran jabatan kerajaan. "Mereka juga boleh membatalkan kunjungan ke luar negara yang tidak penting dan mungkin boleh memulakan majlis rasmi di hotel yang lebih murah," kata ahli politik kelahiran Batu Pahat, Johor itu dalam satu temu bual di sini. Lokman berkata kenaikan harga minyak mula memberi gambaran negatif kepada kerajaan terutamanya persepsi golongan muda kerana ia jelas melanggar janji untuk tidak menaikkan harga barang selepas Pilihan Raya Umum. Nampaknya saudara Lokman Adam tidak akan memenangi Jawatan Naib Presiden kerana tak sehaluan dengan Presiden dan Timbalan Presiden
Posted on: Sat, 05 Oct 2013 08:01:59 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015