CERPEN : RAYYAN & ALEEYA EDISI RAYA (EPISOD 6) Banyaknya kerja - TopicsExpress



          

CERPEN : RAYYAN & ALEEYA EDISI RAYA (EPISOD 6) Banyaknya kerja yang terbengkalai di ofis sejak bercuti raya. Atas meja ada fail akaun, ada minit mesyuarat yang hendak disemak, ada belajawan untuk projek dan berpuluh cek yang belum ditandatangani oleh Aleeya. Cek-cek ini perlu disemak terlebih dahulu sebelum Aleeya menandatanganinya terlebih dahulu, dan orang kedua yang akan sign cek ini selepas Aleeya ialah Rayyan. “Kak Liya, pak ngah jatuh tangga pula nih, tadi pak ngah bawa tongkat nak turun ke bendang, tapi bila pak ngah cuba menuruni anak tangga pak ngah terjatuh lah.., beritahu Shila membuatkan hati Aleeya panasaran. Pulak?? Abah ni memang tak nak duduk diam lah? Tunggu lah sembuh dulu, baru berjalan. “mak ngah mana Shila?” “mak ngah demam, sakit kepala..,” “Hah? Semalam akak call, okey saja..,” “Pagi ni, subuh tadi mak ngah tak sihat. Mabuk ketupat dengan daging kut!” “Abang long mana?” “Dah balik lah sebelum subuh tadi, kena masuk kerja. Abang ngah tak boleh cuti kut!” Abang long kenapa tak call Liya beritahu Liya dulu sebelum nak balik subuh tadi. Macam mana mak? Macam mana dengan abah? Air mata Aleeya menitis tanpa disedari. Kasihan kat mak dan abah kat kampung. Waktu sakit macam ni, anak-anak sorang pun tak ada untuk jaga mak dan abah. Sekuat mana pun aku hari ini, aku dah tak mampu kalau dapat tahu abah dan mak jatuh sakit. Hati ni macam orang nak gila dah teringat abah dan mak. baca seterusnya di ilham..
Posted on: Thu, 29 Aug 2013 01:23:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015