CINTA DAN PENYESALAN.... Pada mulanya... Memang anda akan rasa - TopicsExpress



          

CINTA DAN PENYESALAN.... Pada mulanya... Memang anda akan rasa berbangga bila ramai yg suka dan terkejar2 akan diri anda. sehingga mengabaikan perasaan seseorang yg benar2 ambil berat akan diri anda. anda akan jadi lebih perasan dan riak dan mula menyebabkan ramai org makan hati. anda akan mula melihat diri anda mempunyai pilihan yang meluas tanpa mahu menghargai kehadiran si dia. anda akan meneruskan sifat angkuh anda kerana anda fikir anda berhak utk membuat pilihan tanpa memikirkan perasaan dia. tapi ingat... yang datang dgn mudah itu, begitu juga mudah nya mereka akan pergi dari hidup anda walaupun ketika anda benar2 memerlukan mereka. Mereka akan pergi bila mereka sudah bosan dgn anda. Bila sampai waktu itu, anda akan akan mula merasa terjerat, sunyi, terasing dan tersisih. Anda akan cuba menutupi kesunyian anda dengan pelbagai cara termasuk menyalahkan keadaan dan takdir yg menjadikan anda begitu. kemana org2 yg memuja anda selama ini? Orang2 yg sentiasa mengisi masa gembira anda? mana pergi nya mereka ketika mereka sepatutnya ada bersama anda. Mana pergi nya ketika mereka juga seharusnya ada utk masa sukar anda. menenang kan hati anda ketika anda resah. menyejukkan perasaan anda ketika anda marah. mendengar rintihan anda ketika anda susah.. pada ketika itu lah anda rasa benar2 ingin kembali kepada si dia yg sangat mengambil berat tentang diri anda itu untuk mengadu dan meluah perasaan kerana hanya dia yg memahami dan mengerti diri anda. Anda mula merindui ucapan selamat pagi nya yg dulu merimaskan anda. Anda akan merindui pertanyaan dah makan? nya yg dulu menjengkelkan anda. Malang nya, hati dia sudah terlanjur luka. si dia merasakan tiada gunanya lagi utk mengharap meskipun ada peluang nya jika hati anda sama seperti hati nya. si dia akhirnya mengerti perasaan itu tidak bisa di paksa meskipun telah banyak dia mencuba. dan yang paling penting, si dia akan merasakan yg dirinya bukan untuk di jadikan salah satu pilihan yg anda ada tetapi berhak di hargai dan di cintai sepenuhnya dgn tulus dan iklas. dan anda... akhirnya akan menyedari bahawa masa gembira itu memang indah utk di kongsi bersama. Tetapi masa susah... tidak semua orang sudi utk sama2 berkongsi merasai nya jika bukan kerana CINTA. Di akhir waktu anda tetap juga memerlukan seseorang yg benar2 menganggap anda teramat PENTING dalam hidupnya. Bukan sekadar untuk berfoya-foya. Tapi bila tiba waktunya untuk anda sedari semua itu.. anda mungkin sudah tidak mendapat kepercayaan yg sama darinya lagi. NEVER IGNORE THE PERSON WHO CARES FOR YOU, MISSES YOU, LOVES YOU. BECAUSE ONE DAY WHEN YOU WAKE UP FROM SLEEP YOU MIGHT LOST THE MOON WHILE TOO BUSY COUNTING STARS #MizzDjp - corat-coret. Selamat malam.
Posted on: Sun, 19 Jan 2014 17:32:03 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015