CORETAN BUAT ADIK... (buat adik-adikku yang bakal menghadapi SPM - TopicsExpress



          

CORETAN BUAT ADIK... (buat adik-adikku yang bakal menghadapi SPM ) Adik, Setiap hari kau tunggu waktu itu, Kini ianya hampir tiba, Jangan kau gentar, Jangan kau gundah gelana, Ianya xsama menghadapi sakaratul maut, Ianya xsama menunggu untuk dihisab, Ianya hanya seakan hari bersejarah. Adik, Hampir sudah sampai di penghujungnya, Sungguh pantas masa berlalu, 5tahun itu ibarat angin bertiup kencang, Bergerak pantas tanpa sekatan, Apakah yang sudah kau kecapi? Apakah yang sudah kau idami? Adakah ianya cukup? Adakah ianya memadai? Semuanya itu kau punyai jawapan sendiri Adik, Kau generasi terakhir, Dalam kamus pentarbiyahan disini, Tidak semua orang mengerti, Tidak semua orang menghayati, Cukuplah sekadar aku dan dirimu sahaja yang mengerti ungkapan ini. Adikku, Mutiara dan permata yang kau kecapi itu, Sedang menyinari jalanmu, Sedang membuak dihatimu, Demi kau lunaskan, Sebuah perjuangan yg hampir tiba. Adik, Perjalananmu disini akan berakhir, Tetapi ingat, Sebelum kau melangkah pergi, Kau perlu lakukan ini, Ini antara tugasan yang terakhirmu dsini Kau ingat, Ini hadiah kau perlu berikan, Buat bumi tarbiyah ini, Buat ayah ibumu di kampong halaman, Buat pendidikmu di hadapan ini, Yang paling utama buat dirimu sendiri. Adik, Di saat getir ini, Kamu tiada siapa, Untuk kamu mengadu dan mengeluh, Hanya satu sahaja tempatmu, Allah yang Esa. Kau hidupkan malammu, Kau suburkan dhuhamu, Kau panjatkan hajatmu, Kau basahi lidahmu, Kau aminkan doamu, Menghadap Rabb mu yang satu. Inshaallah rintihanmu didengari Sang Pencipta. Adikku, Sampai disini coretan buatmu, Tiada kalam yang lebih mulia, Hanya doa ku kirim buatmu, Semoga kau sentiasa dibawah rahmat dan perlindungaNya. Ameen Ya Rabb Al-Alamin. Khairol Najib Hashim Ampang,Kuala Lumpur. 1 November 2013.
Posted on: Fri, 01 Nov 2013 02:21:04 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015