CREATIVE FEST 2013 DANGA BAY JOHOR BAHRU ANJURAN DDEC Adalah - TopicsExpress



          

CREATIVE FEST 2013 DANGA BAY JOHOR BAHRU ANJURAN DDEC Adalah dimaklumkan bahawa Creative Fest 2013 akan dianjurkan oleh DDEC pada 4 - 5 Januari 2014 bertempat di Danga Bay, Johor Bahru. Pengisian program Creative Fest 2013 adalah seperti berikut : 1. Seminar Outreach Usahawan : •Seminar 1: Seminar Pembangunan Penjenamaan Perniagaan •Seminar 2: Seminar Pembangunan Imej Perniagaan 2. Pameran Kreatif Joho Concept 3. Pameran Kreatif Art Of Speed 4. Pameran Kreatif Tempatan Fest 4.0 5. Pameran Agensi-Agensi Kerajaan & Swasta Seminar 1: Seminar Pembangunan Penjenamaan Perniagaan (Yuran penyertaan adalah RM 500.00) Program ini mensasarkan untuk membantu golongan usahawan meningkatkan daya saing dengan pendedahan kepada kepentingan elemen-elemen berikut •Kepentingan Asas Penjenamaan •Asas Reka Bentuk Pembungkusan •Penjenamaan Komersial •Benkel Reka Bentuk & Identiti Logo Peserta seminar akan diberikan hak milik ke atas reka bentuk logo didalam bentuk softcopy serta label yang dicetak minimum 500 keping beserta sijil penyertaan. Seminar 2: Seminar Pembangunan Imej Perniagaan (Yuran penyertaan adalah RM 500.00) Seminar ini merupakan kursus asas untuk membangunkan imej produk, imej premis serta usahawan. Seminar selama satu hari ini akan memberikan impak kepada usahawan melalui modul berikut •Pengenalan kepada cara-cara meningkatkan imej premis •Kaedah susun atur dan hiasan dalaman peruncitan •Psikologi Warna untuk premis •Peningkatan imej usahawan •Susun atur produk promosi Seminar yang berbentuk interektif ini akan memberi impak kepada usahawan terutamanya dari segi susun atur produk didalam premis, kaedah meningkatkan imej premis dari segi reka bentuk dalaman, papan tanda premis serta usahawan. Tuan/puan yang berminat boleh menghubungi PUSMA Johor atau Pejabat MARA Daerah Batu Pahat. Pemilihan peserta akan dibuat di peringkat MARA Negeri Johor. Permohonan untuk mengikuti program ini selewat-lewatnya 12 November 2013.
Posted on: Tue, 22 Oct 2013 06:54:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015