Cara penggunaan Sabun Vitamin A,C & E. (Pastikan anda ikuti setiap - TopicsExpress



          

Cara penggunaan Sabun Vitamin A,C & E. (Pastikan anda ikuti setiap langkah untuk dapatkan hasil yang diidamkan) 1. Cuci tangan dengan bersih terlebih dahulu, lebih baik jika gunakan sabun anti-bakteria seperti Dettol. Ini bagi mengelakkan kuman dan bakteria pada tangan akan berpindah ke wajah anda. 2. Ikat rambut anda semasa mencuci wajah. Rambut sebenarnya penuh dengan kuman dan bakteria jika tidak dijaga, dan apabilakerap terkena pada wajah, kuman dan bakteria juga akan berpindah pada wajah anda. 3. Jika ada mengenakan make up, bersihkan dahulu dengan menggunakan makeup remover sebelum mencuci wajah supaya Sabun VitaminA, C & E boleh bertindak dengan lebih efektif. 4. Basahkan wajah dengan air suam agar pori-pori lebih terbuka. Dengan ini, khasiat Sabun Vitamin A,C & E akan lebihmudah meresap ke wajah. 5. Gosokkan Sabun Vitamin A,C & E di telapak tangan dengan sedikit air, dan sapukan secara lembut dengan jari tangan keseluruh wajah bermula dari dahi, hidung, pipi dan leher. Lakukan pergerakan memutar pada wajah selama 2-3 minit. Kemudian, biarkan seketika selama 1-2 minit. 6. Basuh muka dengan air beberapa kali sehingga sisa-sisa sabun hilang di wajah. Gunakan air sejuk agar pori-pori tertutupdan melancarkan peraliran darah. 7. Keringkan wajah dengan tuala bersih. Pastikan bukan dengan baju atau kain yang sudah diguna. Tips Penting : Tangan adalah antara punca utama kepada masalah wajah anda, jangan kerap menyentuh wajah jika anda ingin dapatkan kulit yang cantik berseri.
Posted on: Mon, 29 Jul 2013 01:16:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015