Catatan ringkas permohonan Adam Fazly ke asrama penuh (SBP), SMU - TopicsExpress



          

Catatan ringkas permohonan Adam Fazly ke asrama penuh (SBP), SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki, MRSM dan IMTIAZ. Semoga ia dapat membantu anda membuat pilihan untuk anak anak anda nanti. Permohonan untuk ke SBP iaitu sekolah berasrama penuh hendaklah diisi sebelum keputusan UPSR keluar. Biasanya permohonan ini di isi oleh guru yang menjadi setiausaha peperiksaan. Namun begitu ibu bapa boleh meminta seandainya mahu mengisi sendiri. Kami memilih untuk mengisi sendiri. Mengisi sendiri memerlukan anda mempunyai internet dan komputer sendiri di rumah. saya terpaksa menegaskan perkara ini kerana ia mengambil masa yang agak lama kerana sistemnya sentiasa sibuk. jika anda di cyber cafe ia memerlukan masa yang lama. Untuk pengetahuan anda juga tahun ini sekolah Menengah Melor (Agama) Padang Raja tahun ini telah di masukkan bersekali dalam sistem SBP. Saya difahamkan sebelumnya ia tidak di masukkan. Kita memerlukan borang khas yang boleh di dapati di JPN. Oleh itu bila dia di masukkan dalam sistem SBP maka anda tidak perlu risau untuk mencari borangnya. Untuk SBP saya memilih : 1. Melayu COllege Kuala Kangsar (MCKK). Terdapat banyak sebab untuk saya memilih MCKK. Ia sekolah yang sangat elit dan agak sukar untuk memasukinya. Biasanya kalau ia diisi oleh pihak sekolah mereka akan hanya memilih sekolah seperti Faris Petra atau Sains Machang. Saya terpaksa menggunakan beberapa kabel untuk cuba mendapatkan sekolah ini. MCKK juga dipilih kerana jaringan OLD BOYS yang juga dikenali sebagai MACOBA agak kuat. Jaringan ini insha Allah akan memudahkan Adam nanti. Saya cuba menghubungi Rafizi Ramli dan Tukar Tiub untuk menggunakan jaringan OLD BOYS mereka namun di fahamkan hanya jaringan ini terpakai seandainya ia ayahnya juga ahli MACOBA. ini bermakna cucu saya yang akan mendapat manfaatnya seandainya ADAM diterima masuk ke MCKK. Oleh itu saya, saya menggunakan beberapa kabel yang lain yang saya tidak mahu tulis di sini. 2. Sekolah Menengah Agama Melor Padang Raja. Sekolah ini berhampiran dengan rumah dan agak baik pencapaiannya. Saya pernah membantu seorang pelajar melalui kabel saya tahun lepas. Ianya berjaya. Seandainya ADAM tidak berjaya ke MCKK dan lain lain tempat, saya akan cuba menanyakan kabel saya tersebut. 3. Sekolah Ismail Petra(SIC) hanya untuk memenuhi ruang. 4. Sekolah Menengah Khas KUbang Telaga Hanya untuk memenuhi ruang. Sekolah ARAB di bawah YIK 1. Maahad Muhammadi Lelaki Pengkalan Chepa. Ia merupakan sekolah lama saya. Ia banyak membentuk hidup saya. Merupakan antara Sekolah yang mampu melahirkan modal insan yang baik. Jaringan ukhwah di antara kawan kawan juga semakin baik dan kuat. Saya menolak ke Maahad Tahfiz untuk ADAM kerana beberapa sebab antaranya ADAM sendiri kurang berminat dan ia dikenakan bayaran sebanyak RM300 sehingga RM450 sebulan. Saya menentang bayaran ini kerana memikirkan kerajaan sepatutnya memberi percuma terutama kepada pelajar pelajar yang akan menjadi Hafiz pada suatu masa. Perkara ini mungkin boleh dibahaskan. Namun perlu di ingatkan kepada pemohon, pertamanya ianya juga sangat sukar untuk masuk ke MML ini. Jika anak anda tidak mendapat 5A, ia sudah hampir menutup impian anda. Anda juga perlu menghantar borangnnya sebelum pukul satu pada hari bekerja sahaja. Jika lewat anda tidak akan dilayan. Saya sendiri telah terkenanya dan mendapat beberapa keluhan tentang perkara ini daripada ayah yang datang untuk menyerahkan borangnya. Sekolah ini juga memerlukan borang dan ia tidak boleh diisi secara online dan memerlukan 2 keping gambar passport. Ia benar benar menyusahkan dan ketinggalan zaman. Saya harap tahun ini adalah tahun akhir mereka tidak beroperasi secara online. Maktab Rendah Sains Mara 1. Permohonan untuk ke MARA biasanya dibuka selepas keputusan UPSR diumumkan. Saya merasakan MARA tidak mahu bersungguh sangat untuk mengambil pelajar kerana MARA hanya akan mengambil pelajar yang keciciran SBP. Mungkin kerana ia mempunyai dana yang semakin kurang. Ini bermakna pelajar terbaik akan dahulu ke SBP. Permohonan MARA boleh diisi melalui online namun perlu mendapatkan kata kuncinya dahulu daripada mana mana MRSM terdekat atau pejabat MARA. Permohonan ini juga memerlukan temuduga. Oleh itu, anda perlu sedikit cepat untuk mengisinya bagi mendapatkan tempat temuduga yang berhampiran. Saya memilih MRSM Pasir Tumboh, MRSM Kuala Krai dan lain lain. Terdapat 5 pilihan. Saya difahamkan MRSM juga mengenakan caj dalam lingkungan RM60 sebulan untuk 6 kali makan sehari. Ia tidak membebankan. Sekolah Tahfiz IMTIAZ Sekolah Tahfiz ini hanya khusus untuk rakyat Terengganu. Dikatakan sistemnya diceduk daripada Sistem Maahad Tahfiz di Kelantan. Hanya 5 peratus diperuntukkan untuk rakyat bukan Terengganu. Oleh itu ia menjadi sangat sukar. Saya tidak mengetahui secara banyak tentang sekolah ini, Cuma saya mencubanya dengan beberapa kabel. Harap kabel kabel ini kukuh untuk membantu. Serba sedikit yang harapnya dapat membantu anda semua!
Posted on: Thu, 21 Nov 2013 04:20:44 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015