Cerita Lawak: Saya tak Mahu Mati Ketika waktu rehat, - TopicsExpress



          

Cerita Lawak: Saya tak Mahu Mati Ketika waktu rehat, seorang doktor dikejutkan oleh seseorangwanita yang menangis tersedu-sedu sambil berkata, "Saya tak mau mati lagi, doktor". Merasa kasihan, doktor kembali ke pejabatnya dan berkata, "Ada apa? cuba ceritakan masalah awak dengan terperinci!" Lalu dengan tersedu-sedu pesakit wanita itu berkata, "Doktor, jika saya menyentuh mana-mana bahagian tubuh saya, saya akan merasa sakit. Lihat ini doktor!" Kemudian wanita itu menyentuh bahagian perutnya dengan tangannya, lalu menjerit kesakitan, dia menyentuh pula bahagian kepalanya dengan tangannya, kemudian ia menjerit kesakitan lagi, dia terus menjerit kesakitan apabila menyentuh bahagian anggota tubuh yang lain dengan tangannya. Pesakit itu berkata, "Tengok doktor,semua tempat saya pegang rasa sakit".Lalu dengan tersenyum doktor itu berkata, "Jari tangan awak sebenarnya yang patah "
Posted on: Fri, 21 Jun 2013 14:06:42 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015